CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gila! Bilik Sempit Buh 3 Katil, Yang Bawah Sekali Tu Naya

25-7-2021 03:03 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17378| Komen: 81|Original author: Oleh: Cari-Azza






Di era pandemik Covid-19 ini, masih ada golongan yang suka mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain. Selain dari isu penerima bantuan yang bagaikan diberi betis hendak paha, isu individu kapitalis yang menekan penyewa bilik atau rumah turut diperkatakan.

Terbaharu, di media sosial Facebook, seorang individu dikecam kerana telah mengiklankan bilik sewa dengan kadar harga tidak masuk akal. Lebih dasyat apabila keadaan bilik yang sempit itu terpaksa dikongsikan bertiga pula, dengan katil dua tingkat di tambah lagi satu tilam di bawah katil.


Tergamaknya mereka.



Foto : Twitter

Bagi netizen, tawaran tersebut sangat tidak bertimbang rasa. Dengan bilik yang sempit, ianya hanya muat untuk seorang sahaja dan bukannya tiga orang!

"Macam kontena mayat."

"Kesiannya kat orang terdesak. Nak keluar pun kena gilir gilir hmm."

"Weh kipas bertingkat, ko jangan main main."

Lebih mengejutkan ialah bukan satu sahaja rumah berkonsep begini yang diiklankan, ada sebuah lagi konsep katil tiga tingkat turut dikesan. Lokasinya juga di Batu Maung, Pulau Pinang. Orang yang sama ke?

Foto : FB

Ramai yang mengecam konsep begini, namun ianya sebenar sudah lama wujud, terutamanya tempat yang berdekatan dengan universiti awam atau swasta.

Foto : Twitter

Ianya terus wujud kerana ada permintaan, namun perlukah sampai membuli sebegini? - CARI





Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 25-7-2021 03:12 PM
Kat sentul apartment mawar ke melati apa tah. Cam nilah. Sewa serumah lelaki perempuan. Bilik asinglah. Sgt bahaya if bilik lelaki terogol bilik perempuan. Sebilik besar rm450. Bilik kecik rm350. Bilik paling kecik rm150. Siap tukar dapur sempat jadi tempat tidur dikenakan sewa pun ada.
Owner rumah tu makcik 65 kahwin dgn lelaki pakis umur 35.
Sebab pakis tu nk pr nak niaga kat kl.
Umur opah cam tu pun sanggup.

Dasar kapitalis betul.
Quote bakingsoda 25-7-2021 03:28 PM
wey katil tu mmg triple decker la, kat shopee ada jual. tapi harga shial sungguh ye besar sikit dari kubur je
Quote KIM.K 25-7-2021 03:32 PM
Memang maung pun. At least partition takda la trisam
Quote alieyrina 25-7-2021 03:50 PM
Yg bawah tu kira xleh bgn la wey..kena golek keluaq dulu baru bangun..adui laa kesian utk yg tedesak..tp kalau utk duk berapa hari ja x pa la kut
Quote CiliPadiSedap 25-7-2021 03:57 PM
rasanya katil cmni kena kira timbang berat badan dulu takut tingkat 3 terus ground floor
Quote djzara81 25-7-2021 03:59 PM
Kesian sgt kalo smpi terdesak terpaksa sewa bilik sekangkang kera. No privacy satu hal. Org katil paling bwh paling hazab.
Quote izwan_izi 25-7-2021 04:01 PM
nk buat style duduk dlm kapal perang kut...Kapal perang mmg mcmni kedudukan katil..triple bunk cabin..tapi kalau dlm kapal..semua bilik ada central aircond..tak payah kipas dah..
Quote mama_neko 25-7-2021 04:55 PM
xsanggup akuuuuu..... seksa nya rasa
Quote zuri154 25-7-2021 05:04 PM
Kalau runtuh katil tu, mati terpenyek
Quote Adrif 25-7-2021 05:22 PM
perangkap student
Quote tagas 25-7-2021 06:11 PM
Nih standard bangla nepal punye asrama pekerja
Quote nakkomenjugak 25-7-2021 06:48 PM
hell no.
tak selamat tengok katil ni wp memang triple bunk.
takde pengudaraan yang bagus untuk pic first.
no no no no noooo
Quote ctaz 25-7-2021 09:32 PM
ni standard rumah kongsi...
Quote acikhan 25-7-2021 10:27 PM
x de Tingkap ke bilik gambo pertama nie....haku tgk gambar je Rasa da sesak nafas, panic attack....semoga dipermudahkan urusan dorg yg mencari bilik
Quote Jitu 25-7-2021 11:06 PM
aku dulu sewa bilik tp bila tidur kat hall
Quote nadie90 25-7-2021 11:21 PM
Edited by nadie90 at 25-7-2021 03:23 PM

Xsgka sewa bilik dgn katil 3 tingkat ni kat Batu Maung, Penang.....klu kat area situ mesti pekerja2 kilang yg byk menyewa bilik....kilang2 smua dekat2 situ ja
Quote HappyGumbira 26-7-2021 12:02 AM
woi sesak napas weyyyyy. siannya hidup mcm ni.
Quote awenda507 26-7-2021 12:30 AM
Aku pulak yg rase sesak nafas membayangkn kne tido kat katil bwh skli tu{:dot
Quote sambaldurian 26-7-2021 12:57 AM
pergh, buat naya, xkn spjg masa org katil bwh kena baring je klu nk tgk phone ke youtube. x patut nye la
.  

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.146916 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top