Jika Sebelum ini Caprice, Nadir Al Nuri dan Bro Firdaus Wong mempersoalkan mengenai Misi Tabung Kemanusiaan Ustaz Ebit Lew. Terbaru, muncul seorang lagi Ustaz mempersoalkan ke mana perginya duit derma orang ramai. Sosok tersebut adalah Ustaz Salman Ali yang terkenal dengan ceramah debatnya di YouTube dan juga laman sosial.
Baru-baru ini, beliau memuat naik status di Facebooknya mempersoalkan ke mana perginya duit orang ramai kerana sebelum ini Persatuan Kasih Umat Malaysia (PKUM) pernah meminta sumbangan orang ramai sebelum berlepas ke Gaza. "Ustaz Ebit Lew menjelaskan bahawa beliau tidak menganjurkan atau menggunakan sedikit pun duit kutipan untuk projek bantuan kemanusiaan di Gaza, yang adalah hanyalah wang peribadi beliau dan beberapa sahabat yang tidak mahu nama mereka dikenali. Jadi tidak ada sebab untuk beliau mendedahkan perbelanjaan. "Pendedahan ini sangat mengejutkan! "Ia menunjuk Ustaz Ebit Lew dan rakannya sangat bersifat dermawan. Namun, kedermawanan Ebit Lew dan rakannya ini tidak menghilangkan keraguan saya dalam isu ini. "Kalaulah semua sumbangan Di Mesir dan Gaza atas nama Persatuan Kasih Umat Malaysia (PKUM) adalah dari sumber persendirian Ustaz Ebit Lew dan sahabat-sahabatnya, kemana perginya sumbangan orang ramai kepada akaun bank CIMB (PKUM). "Sedangkan ramai yang menulis di media sosial mereka telah menyumbang untuk projek Palestin Ustaz Ebit Lew melalui akaun bank (PKUM). Bagaimana pula dengan sumbangan dalam negeri yang Ustaz Ebit selalu tegaskan ia adalah wang simpanan beliau jadi apa yang dibuat oleh (PKUM) dengan sumbangan sorang ramai? "Kemudian, kenapa beberapa hari lepas bermula 18 Julai, PKUM telah membuang paparan nombor akaun sumbangan pada hantaran-hantaran lama di Facebook? Apa motif suntingan dengan membuang no akaun ini? (Rujuk SS). "Pihak berkuasa mesti menyiasat aktiviti (PKUM). kemana perginya sumbangan orang ramai melalui (PKUM) kalau yang keluar adalah hasil titik peluh Ustaz Ebit Lew dan sahabat-sahabatnya para dermawan. "Semoga tidaklah sedang Ustaz Ebit mengeluarkan wang simpanan berhempas pulas melakukan sumbangan atas nama (PKUM) alih-alih sumbangan orang ramai tidak sampai ke Gaza atau Palestin. Saya fikir satu kerugian kepada penyumbang." ujarnya di FB. Disebabkan status yang dimuat naik Ustaz Salman Ali, itu ada beberapa pengikutnya bersetuju dan ada juga yang turut mengecam dengan cara Ustaz Salman yang seperti mengeruhkan lagi keadaan. Kesimpulannya, Ustaz Ebit Lew harus berani bertanggungjawab untuk membenarkan Persatuan Kasih Umat Malaysia ( PKUM ) melakukan audit secara telus dan saksama. Ini bagi memastikan tiada timbulnya fitnah dan pertanyaan kemana perginya duit derma itu. Sementara itu, ke mana perginya sumbangan RM20 juta itu sudahpun dijelaskan oleh Nadir. - CARI |
yayan_froggy90 replied at 25-7-2021 06:02 PM
Sebenarnya ada isu yg lagi besar dari ni.. Ramai yg dh bagi hint.. Kompom akan jd impak maksima.. Hi ...
midori_katana: Isu apa uolls? Money laundering?
yayan_froggy90 replied at 25-7-2021 06:02 PM
Sebenarnya ada isu yg lagi besar dari ni.. Ramai yg dh bagi hint.. Kompom akan jd impak maksima.. Hi ...
yayan_froggy90 replied at 25-7-2021 06:02 PM
Sebenarnya ada isu yg lagi besar dari ni.. Ramai yg dh bagi hint.. Kompom akan jd impak maksima.. Hi ...
miskintegar replied at 26-7-2021 11:41 AM
mmm.....berapa banyak jaws terlibat ni?
midori_katana replied at 25-7-2021 06:13 PM
Isu apa uolls? Money laundering?
midori_katana: Isu apa uolls? Money laundering?
ADVERTISEMENT