CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 3 Tahun Maut Dihempas Bapa Ke Dinding Kerana Ingin Buang Air

25-7-2021 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2615| Komen: 9

Seorang bapa bagaikan hilang pedoman apabila tergamak memukul anaknya berusia tiga tahun dengan menghempaskannya ke dinding sampai mati.

Insiden berlaku apabila budak lelaki itu menangis kerana ingin buang air kecil, lapor Tribunnews.


Ketika kejadian, bapa mangsa sedang tidur manakala, ibunya bekerja.


Gambar hiasan

Akibat terdengar tangisan itu, lelaki itu bangun dari tidur dan memarahi kanak-kanak tersebut.

Kejadian maut itu berlaku di sebuah rumah di Padang Panjang sekitar pukul 3.30 petang, kelmarin.

Unit Siasatan Jenayah, Polis Padang Panjang, Ferlyanto Pratama berkata, suspek memukul anaknya sebanyak tiga kali sebelum mangsa tidak sedarkan diri.

Katanya, suspek terkejut akibat kejadian itu dan membawa mangsa ke hospital.

Walaupun menerima rawatan kecemasan, kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia awal pagi semalam.


Suspek kemudian diberkas oleh pihak polis selepas abang iparnya membuat laporan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 25-7-2021 03:08 PM
mehhh aku hempas apak nya pulak bungee jumping cecah tanah berkali2
Quote angelofish 25-7-2021 05:21 PM
panas baran memang tak ada ubat.kena jerkah dengan malaikat maut mungkin akan insaf
Quote Adrif 25-7-2021 05:21 PM
sialan punye manusia

anak tu amanah di dunia.

baru jaga 3 tahun, dah baran pukul-pukul.

kan dah tak bernyawa. selamanya la kau menyesal, jadi pembunuh anak sendiri
Quote Meiizu 25-7-2021 05:23 PM
Sedihnya...bapa awak memang taklayak jadi bapak.taklayak pun terima doa anak anak soleh.taklayak pun dijaga masa tua.
Damailah anak disyurgamu
Quote naina 25-7-2021 05:26 PM
Memang bapak ni tak biasa jaga anak tu yang panas rasa terganggu dengan suara budak2 merengek. Ntah dadah. Kesiannya..3 tahun dh potty train ke. Kesiannyaaaaaa sebaya anak aku. Memang nak apa rengek2 jelah. Belom lagi malam nangis terjaga nak air masak..
Quote sukacactus 25-7-2021 05:28 PM
Org beranak ko pun nak beranak tp malas jaga
Quote akusukaq 25-7-2021 06:36 PM
Patut campak ayah camni ke kandang harimau lapar je
Quote norawestallen 26-7-2021 08:37 AM
Kesiannya budak tu. Binatang betul bapaknya
Quote evataso 26-7-2021 08:50 AM
Aduyaiii kenapalah ko ditakdirkan jadi bapak. Itu baru nak kencing kalau nak mainan mau budak tu disembelihnya

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.030664 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top