CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mulia Sangat Jadi Polis Sampai Hina Kerja Tukang Sapu

25-7-2021 03:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3758| Komen: 12

Sebuah video memaparkan perbuatan dua anggota polis mengejek dan memperlekehkan pekerjaan tukang sapu akhirnya memakan diri apabila mereka menerima hukuman yang kemudiannya menjadi tontonan ramai, lapor laman Merdeka.com.



Kredit foto: IG

Menerusi video tular yang dimuat naik di TikTok, lelaki berkenaan memperlekehkan pekerjaan tukang sapu sampah.

“Jika mahu online atau apa-apa sekali pun, yang penting selepas habis belajar saya tidak akan menjadi tukang sapu,” katanya dalam video yang dimuat naik semula di Instagram Indonesian Military.

Netizen yang menonton video tersebut meninggalkan komen dan menggelar lelaki itu sombong dan menjatuhkan nama polis.

“Jangan terlalu berlebihan ketika bercakap, jaga percakapan itu,” tulis seorang netizen.

“Niat anda sangat memalukan. Kasihan rakan-rakan polis lain yang bagus, jangan kerana kenyataan anda ini, wujud stigma tidak elok terhadap anggota polis,” tulis seorang lagi netizen.


Video tersebut kemudian menjadi tular dan dia bersama si perakam video telah menerima teguran dan disuruh berguling di atas jalan ketika cuaca panas terik dengan disaksikan anggota polis lain.



Insiden itu kemudian dirakam seorang anggota polis lain yang kemudian memuat naiknya di media sosial.

Selepas menerima hukuman, perakam video itu memohon maaf. Dia juga berkata video tersebut hanyalah sebagai koleksi peribadinya sahaja dan tidak berniat untuk menyindir sesiapa.

“Saya minta maaf atas perbuatan kami dan tidak bermaksud untuk menyindir sesiapa pun. Video itu hanyalah untuk koleksi peribadi dan saya memohon maaf, terima kasih,” ujarnya.


Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissyMolly 25-7-2021 04:19 PM
Doa seorang tukang sapu agak mustajab tawww..  rugi tak minta dia doakn yg baik2.. siap hina lagi.apoooo!
Quote Adrif 25-7-2021 05:19 PM
tempat kerja lama aku,
kalau pegi surau, tukang sapu la yang jadi imam selalu.
orang rehat, solat, lepas tu keluar surau.
diorang rehat 1 sampai 2, sejam tu jugak la atas sejadah berzikir

Quote nakkomenjugak 25-7-2021 06:41 PM
Jika mahu online atau apa-apa sekali pun, yang penting selepas habis belajar saya tidak akan menjadi tukang hina pekerjaan orang dan dikenakan hukuman guling di atas jalan panas kesan ketulahan menghina tukang sapu. Cashhhhh berdas2.

Kat sana pun abam popo problem eh macam popo disko ting 2?
Quote lavendernovella 25-7-2021 10:06 PM
Sini pun patut buat yg sama.
Quote Babai 25-7-2021 10:08 PM
MissyMolly replied at 25-7-2021 04:19 PM
Doa seorang tukang sapu agak mustajab tawww..  rugi tak minta dia doakn yg baik2.. siap hina lagi.ap ...

Kalau betul mustajab, suruh la dia doa supaya semua orang jadi kaya raya.
Quote Fortiori02 25-7-2021 10:11 PM
Kerja apa pun, yg penting ikhlas & komited. X perlu nak rendah2 kan pekerjaan org lain, dia bukan mintak makan dr ko
Quote Decaffeinated 25-7-2021 10:20 PM
Babai replied at 25-7-2021 10:08 PM
Kalau betul mustajab, suruh la dia doa supaya semua orang jadi kaya raya.

jangan lupa doa hapuskan Covid

skrg ni doa lobai pun macam dah takde efek esp lobai melayu kes tetap mencanak2


Quote Babai 25-7-2021 10:32 PM
Decaffeinated replied at 25-7-2021 10:20 PM
jangan lupa doa hapuskan Covid

skrg ni doa lobai pun macam dah takde efek esp lobai melayu kes  ...

Kalau betullah doa orang awam ni mustajab sangat, aku ingat Israel tu dah lama dah ditelan masuk ke dalam perut bumi sebab doa orang Palestine yang dikatan teraniaya tu. Kan dia orang kata doa orang teraniaya ni takde hijab. Ko rasa macam mana?
Quote MissyMolly 26-7-2021 07:01 AM
Babai replied at 25-7-2021 10:08 PM
Kalau betul mustajab, suruh la dia doa supaya semua orang jadi kaya raya.

Hehee hati ku berkeladak jadi ak mintak utk diri sajork koh2.. ko g mintak sendrik bai
Quote nononcrux 26-7-2021 09:19 AM
indon ni mcm mcm la.. munafik kuat
Quote pikah89 27-7-2021 02:18 PM
Biadap x bole di ajar cmni
Quote Guano 29-7-2021 08:31 PM
doakan Malaysia menang Olimpik!

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.082349 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top