Kecoh satu Malaysia dibuatnya berhubung misi bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin membabitkan Ustaz Ebit Lew (UEL), Nadir Al-Nuri dan Caprice. Pelbagai pandangan daripada figura berpengaruh sudah kita dengar dan lihat. Malah, penjelasan daripada UEL dan Nadir serta kemaafan daripada Caprice juga sudah kita dengar.
Jika sebelum ini Caprice membuat 'pendedahan besar' mengenai UEL, video tular di laman sosial sekitar minggu lalu mendedahkan pula perangai dan sikap sebenar penyanyi rap itu ketika di Mesir. Seorang lelaki, Redha Zaini menerusi sesi Live di Instagram mendakwa dia dan rakannya bertemu Caprice untuk berborak dan menjernihkan keadaan. Namun, layanan Caprice terhadapnya dan rakan-rakan membuat mereka kurang senang. Malah, dia mendakwa mereka perlu menyerahkan telefon bimbit kepada pihak Caprice dalam pertemuan itu.
"Kenapa dia tak bagi bawa telefon untuk datang berborak?" Walaupun menerima layanan baik daripada pihak Caprice yang memberi mereka makanan dan minuman, namun penyanyi itu menunjukkan sisi biadabnya. "Awak tak kenal saya ke? Saya bukan cap ayam punya orang. Awak tengok orang KL kenal saya macam mana." Difahamkan, keadaan menjadi tegang apabila Caprice masuk ke sesi Live berkenaan sebelum terpotong dan menyambung perbincangan dengan individu dikatakan pembantu peribadi UEL, Arif. Video: YouTube Dalam sesi Live itu, Redha turut mendakwa Caprice sudah mula koyak selain mengatakan Caprice mengalami depression. Mereka kemudian memberi penjelasan mengenai isu tular dibangkitkan Caprice terhadap UEL antaranya termasuklah cara masuk ke Gaza. Kata mereka, walaupun telefon mereka dirampas ketika pertemuan bersama Caprice, ada cara lain meraka gunakan untuk menyimpan bahan bukti terhadap Caprice. Di penghujung sesi Live itu, Redha menasihatkan semua pihak tidak membangkitkan isu untuk dijadikan bahan bergaduh bagi menjaga imej Malaysia di mata orang ramai terutama rakyat Palestin.
|
ADVERTISEMENT