CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Rentas Negeri Selangor Ke Pahang, Lelaki Ini Punca Tercetusnya Kluster Baru!

26-7-2021 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8509| Komen: 78

Satu lagi kluster komuniti berkaitan aktiviti rentas negeri dikesan di Pahang selepas kes indeks kluster terbabit didapati mempunyai sejarah perjalanan dari kawasan berisiko tinggi pada 4 Julai lalu.


Kluster tersebut iaitu Kluster B5 Keratong Tujuh dikesan di Rompin dan merekodkan 12 kes positif setakat ini hasil saringan ke atas 26 individu.

Rumusan kluster yang disertakan dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah  menyebut, kes indeks itu iaitu seorang lelaki berusia 46 tahun dilaporkan positif pada 13 Julai lalu hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi.


Gambar Hiasan

“Kes mempunyai sejarah perjalanan pulang dari Selangor ke Pahang pada 4 Julai lepas.


“Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Blok 5, Felda Keratong 7, Muadzam Shah, Rompin,” katanya.

Kluster B5 Keratong Tujuh adalah antara 34 kluster baharu termasuk 15 kluster komuniti yang dilaporkan hari ini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 26-7-2021 10:04 AM
Ada hati nak salahkan kkm lagi manusia2 degil mcm ni
Quote nakkomenjugak 26-7-2021 10:08 AM
.... tak tau dahhhhhh nak kata apa dengan orang kita ni.
hanya mampu geleng je
Quote Missrarara 26-7-2021 10:11 AM
nakkomenjugak replied at 26-7-2021 10:08 AM
.... tak tau dahhhhhh nak kata apa dengan orang kita ni.
hanya mampu geleng je

Betul tu. Dah tak tau nk cakap apa dah
Quote MISZZZ 26-7-2021 10:21 AM
semoga orang tua kita kt kampung sihat sentiasa, aku risau jadi macam ni,
Quote meteorspeed 26-7-2021 10:25 AM
Kenapa bleh lepas rentas negeri.. Atas srbab apa dia rentas.. Nak tau jugak
Quote raxief 26-7-2021 11:31 AM
kalau dia rentas sbb alasan legit, mmg kesian la.. tapi kalau secara haram @ alasan bohong, memang babi
Quote shiraloveyou 26-7-2021 11:37 AM
Nak carut tapi tak sampai hati..tapi kalau merentas guna surat palsu or salah guna surat memang bangang....
Quote mclaren 26-7-2021 11:39 AM
meteorspeed replied at 26-7-2021 10:25 AM
Kenapa bleh lepas rentas negeri.. Atas srbab apa dia rentas.. Nak tau jugak

Same question here.

Kalau terdesak sangat maybe wajibkan self test sebelum rentas mana2 (kecuali yang memang daily rentas untuk kerja contoh macam Seremban - KL tu).
Contih nak keluar Selangor masuk Pahang untuk 3-4 hari, self test masa nak pergi dan masa nak balik. If negatif je boleh rentas. Nanti marah pulak rakyat sebab kena beli test kit. Tapi kalau tu je cara nak turunkan kes.

Entah lah stressed betul tahun ni dengan keadaan negara.
Quote mrsamz 26-7-2021 11:48 AM
Kene assume sapa2 dari selangor adalah superspreader
Quote Cece1234 26-7-2021 11:50 AM
Degil betul..
Quote cheezel 26-7-2021 01:20 PM
pantai timur
Quote bulalof 26-7-2021 01:23 PM
self test kit yg reliable dgn harga mampu milik patut dijual dgn segera kpd public.
Quote glump 26-7-2021 01:44 PM
Jiran aku nie baru tiba semalam dari tumpat,kelantan. Dari pagi dok dengar orang batuk pelik dari rumah tuh tu..harap2 sihat tiada apa2
Quote kbyne 26-7-2021 01:47 PM
Tunjukla muka dia ni.Hidup tak ada civic minded.
Quote chandrahusin 26-7-2021 02:00 PM
mmg diorg ni dh tak kisah pun
mungkin sbb dh lama sgt terkurung
yg ada family +ve C19 pun
elok je keluar ke mana2
jadi aku paham lah kenapa kes jadi terus melonjak
Quote fadz84 26-7-2021 03:33 PM
Apadehal yg kontak rapat (dlm rumah ada kes positive) pun elok je g PPV cucuk vaksin. hehehe
Quote Artemesiaa 26-7-2021 03:38 PM
Ni tokey durian ke macam mana gi sana sini ambik stock durian
Quote namr 26-7-2021 03:42 PM
Saman tinggi2 la sapa yang cetuskan cluster ni..menyusahkan org je
Quote sapeka 26-7-2021 04:46 PM
Ingat akak ipar aku kisah dengan berita ni?
Raya aidilfitri ritu balik Melaka
Raya aidiladha pun balik
Tetiap minggu pun balik
Takde polis jaga pun dia kata
Herrrghhh
Aku memang speechless dengan dia
Marah sampai speechless
Kalau aku boleh ketuk kepala dia sambil menjerit bodoh bodoh bodoh memang aku buat

Dah la taknak amik vaksin
Dok bagi macam2 alasan

Memang gone case and beyond repair punya orang

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.056026 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top