Seorang influencer media sosial maut akibat terjatuh daripada ketinggian 160 kaki ketika dia dilaporkan sedang merakam video dari atas sebuah kren.
Xiao Qiumei, 23, sering berkongsi video mengenai dirinya yang bekerja sebagai seorang operator kren dengan ribuan pengikutnya. Dalam kejadian pukul 5.40 petang (waktu tempatan) Selasa lalu, saksi mendakwa semasa membuat rakaman video terakhirnya, mangsa terjatuh dengan telefon bimbit masih berada di tangannya. Ketika itu kebanyakan rakan sekerjanya sudah beredar dari lokasi mereka bekerja di bandar Quzhou, wilayah Zhejiang di barat China. Namun keluarga terdekat Xiao menyangkal dakwaan tersebut dan mengatakan punca kematian mangsa adalah disebabkan kemalangan, bukan kerana melakukan rakaman video.
Dakwa mereka, mangsa adalah seorang yang profesional ketika berada di tempat kerja, dan menyimpan telefon bimbit di dalam beg sewaktu bekerja. Xiao merupakan wanita kedua di China yang maut dipercayai ketika merakam video untuk dikongsi di laman sosial. Pada 10 Julai lalu, Sofia Cheung, 32, yang juga seorang influencer media sosial dari Hong Kong, maut ketika mengambil swafoto sewaktu berada di air terjun. - CARI Sumber: mStar Online/ Mirror
|
naina replied at 26-7-2021 11:17 AM
Family nak twist cmne dah jelas dia pegang hp kot..
Bukanlah profesional pon
ADVERTISEMENT