Pihak polis kini sedang menyiasat video yang tular yang memaparkan sekumpulan individu sedang menari di dewan sebuah hotel kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, majlis berkenaan dipercayai berlangsung pada bulan April. "Kami akan menyiasat untuk melihat kesalahan yang dilakukan. "Kami akan menelitinya dengan lebih lanjut," katanya ketika dihubungi. Dalam video yang tular itu, beberapa individu kelihatan sedang menari dan berdiri berdekatan antara satu sama lain dengan ada antara mereka yang tidak memakai topeng muka.
Dipercayai majlis berkenaan diadakan di sebuah hotel di Shah Alam pada 28 hingga 30 April lalu, ketika kes Covid-19 mula mencatatkan peningkatan setiap hari. Video berkenaan mengundang kecaman ramai kerana disifatkan tidak bertanggungjawab malah turut mengabaikan SOP, dengan rata-ratanya menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan. - CARI Sumber: The Star
|
sukacactus replied at 26-7-2021 03:20 AM
Salah sorang dlm video
pinksarah replied at 26-7-2021 11:48 AM
sendu wardrobe ketua srikandi perlis ni sampai baju poster dgn baju pergi event pun repeat pakai.. ...
ADVERTISEMENT