CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sapu Di Kemaluan, Krim Viagra Boleh Tolong Tingkatkan Nafsu Seksual Wanita

26-7-2021 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2149| Komen: 5

Satu krim yang dihasilkan sebuah firma Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan pil seks lelaki iaitu viagra dipercayai boleh membantu meningkatkan nafsu seksual wanita, lapor akhbar The Sun kelmarin.


Ujian menunjukkan sapuan setengah sudu kecil krim tersebut pada kemaluan wanita akan melebarkan saluran darah dan meningkatkan nafsu.

Para saintis berharap krim tersebut akan dapat membantu jutaan wanita separuh usia yang menderita masalah disfungsi seksual.


Foto: Getty

Viagra yang dilancarkan lebih 20 tahun lalu telah berjaya mengubah kehidupan seksual jutaan lelaki.

Namun, apabila pil berwarna biru itu diberikan kepada wanita, ia tidak memberikan hasil yang sama.


Percubaan akan dijalankan di AS dengan melibatkan 400 orang wanita dengan keinginan seksual rendah.

Separuh daripada mereka akan menggunakan krim tersebut dua hingga tiga kali seminggu dan selebihnya akan menerima plasebo.

Sukarelawan akan menyimpan diari yang memperincikan tentang peningkatan nafsu mereka dan sekiranya mereka mencapai orgasm. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 26-7-2021 11:26 AM
Macam2.
Quote Nana_Man 26-7-2021 11:32 AM
Jgn bini2 dah pakai ni, laki2 KO lak. Hahaha
Quote ifanonline 26-7-2021 11:33 AM
forumer2 yg bersuami sudah pasti melompat kegembiraan dgn berita ini
Quote nakkomenjugak 26-7-2021 11:40 AM
pulakkkkkkk hihihihi
Quote Tinot7 26-7-2021 12:24 PM
Napsu timbul sbb salur darah ka sbb perasaan dan hormon utk pompan?
Kalau lelaki mmg la kena ada kelancaran saluran darah ke sana..

Ujian menunjukkan sapuan setengah sudu kecil krim tersebut pada kemaluan wanita akan melebarkan saluran darah dan meningkatkan nafsu.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.028081 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top