CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Ejek Dan Perlekeh Pekerjaan Tukang Sapu

26-7-2021 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1875| Komen: 4

Sebuah video  memaparkan perbuatan dua  anggota polis mengejek dan memperlekehkan pekerjaan tukang sapu akhirnya memakan diri apabila mereka menerima hukuman yang kemudiannya menjadi tontonan ramai, lapor laman Merdeka.com semalam.


Menerusi video tular itu, seorang anggota polis memuat naik kandungan di aplikasi sosial TikTok dan memperlekehkan pekerjaan tukang sapu sampah.

“Jika mahu online atau apa-apa sekali pun, yang penting selepas habis belajar saya tidak akan menjadi tukang sapu,” katanya dalam video itu.

Netizen yang menonton video tersebut meninggalkan komen dan menggelar lelaki itu sombong dan menjatuhkan nama polis.


Foto: IG

“Jangan terlalu berlebihan ketika bercakap, jaga percakapan itu,” tulis seorang netizen.

“Niat anda sangat memalukan. Kasihan rakan-rakan polis lain yang bagus, jangan kerana kenyataan anda ini, wujud stigma tidak elok terhadap anggota polis,” tulis seorang lagi netizen.

Video tersebut kemudian menjadi tular dan dia bersama si perakam video telah menerima teguran dan disuruh berguling di atas jalan ketika cuaca panas terik dengan disaksikan anggota polis lain.

Insiden itu kemudian dirakam oleh seorang anggota polis lain yang kemudian memuat naiknya di media sosial.

Selepas menerima hukuman, perakam video itu memohon maaf. Dia juga berkata video tersebut hanyalah sebagai koleksi peribadinya sahaja dan tidak berniat untuk menyindir sesiapa.

“Saya minta maaf atas perbuatan kami dan tidak bermaksud untuk menyindir sesiapa pun. Video itu hanyalah untuk koleksi peribadi dan saya memohon maaf, terima kasih,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Kurex


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 26-7-2021 11:37 AM
Jika mahu online atau apa-apa sekali pun, yang penting selepas habis belajar saya tidak akan menjadi tukang hina pekerjaan orang.

ps: rasa macam da ada tered ni.
Quote Skuau 26-7-2021 11:54 AM
Setiap pekerjaan itu...ada fungsinya tertentu dlm kehidupan kita...drp hanyalah sekadar kutip sampah sampai la ke peringkat tertinggi dlm kerajaan/negara.
Quote R2D2 26-7-2021 12:04 PM
dah ada
https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1261226
Quote nubook 26-7-2021 12:05 PM
Ingat polis malaysia tadi phew

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.029436 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top