CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Jalani Pemindahan Darah- Ustaz Digelar Sombong Dan Memilih, Hanya Nak Darah Hafiz Al-Quran

26-7-2021 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2628| Komen: 10

Kenyataan seorang pendakwah Indonesia, ustaz Yusof Mansur yang bersyukur kerana mendapat seorang Hafiz al-Quran sebagai penderma darah kepadanya hangat diperkatakan netizen, lapor laman Suara.com semalam.


Kenyataan tersebut yang dimuat naik ustaz Yusuf Mansur menerusi laman sosial Instagramnya menyebabkan dia dituduh sebagai sombong dan memilih.

Ustaz Yusuf Mansur dimasukkan ke hospital selepas paras hemoglobin dalam darahnya rendah lalu terpaksa menjalani pemindahan darah.

Foto: IG

Dalam hantarannya, ustaz Yusuf Mansur menulis seramai 10 orang hafiz yang sudah dipilih untuk mendermakan darah kepadanya dan individu yang terpilih adalah Syekih Baleid yang merupakan seorang penderma darah dari  Maghribi.


Menerusi Instagramnya, pendakwah itu memuat naik video dirinya yang sedang terbaring dan memaklumkan tentang keadaan kesihatannya.

“Dengan izin Allah S.W.T., hemoglobin saya masih ada lima. Sangat rendah namun masih hidup.

“Saya dibantu rakan-rakan dan pasukan doktor yang luar biasa. Barisan penderma darah juga yang soleh-soleh, alhamdulillah ada 10 orang dan yang terbaik akan dipilih,” katanya. 

Netizen rata-ratanya meninggalkan komen dengan mengatakan mereka tidak bersetuju dengan kaedah ‘pemilihan’ penderma yang dibuat ustaz itu.

“Pemindahan darah juga mahu pilih yang sama beriman,” tulis seorang netizen.

“Di sinilah saya melihat kebesaran Allah S.W.T. Saya tahu saya banyak dosa,  namun Allah memberikan saya kesempatan untuk mendapatkan darah daripada orang-orang terbaik di Bumi, dengan izin-Nya,” tulis ustaz Yusuf Mansur. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 26-7-2021 11:50 AM
makin meningkat tak level imannya?
Quote Kurex 26-7-2021 12:00 PM
Sedar tak ostad, ada jua hafiz yg kaki cikcap, mencuri, semborit, gila kuasa..
Quote Mikaella 26-7-2021 12:02 PM
babinya engkau nak demand layanan sebegitu rupa.
Quote R2D2 26-7-2021 12:19 PM
dah ada
https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1261024
Quote Decaffeinated 26-7-2021 12:29 PM
R2D2 replied at 26-7-2021 12:19 PM
dah ada
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1261024

sama2 editor pun berebut


Quote Nizleen86 26-7-2021 12:42 PM
Tiket ke syurga agaknya..hmmm
Quote R2D2 26-7-2021 12:46 PM

tak apa walaupun sama
bukan supervisor tahu pun
dlm weekly report
ckp done - create new thread


Quote epal21 26-7-2021 07:37 PM
Teringat pulak acik yg dulu kata kita kena cuci & ganti darah sebab dah termakan DNA babi cadbury. Very the facepalm.
Quote ain.nadhirah017 27-7-2021 03:36 AM
Sama je kot. Darah je. Bukan hati hitam {:cryrun Sedihlah tahap pemikiran macam ni
Quote heythere123 27-7-2021 09:25 PM
orang macam ni, dia fikir Tuhan angkat darjat ke buat macam tu? ni kira macam pandang rendah ciptaan Tuhan jugak ni. Dah kalau Islam pon bagi je terima darah sape2, kenapa nak kena susahkan diri untuk dapat darah “special“ bagai

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.077656 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top