CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

C19 Bukan Teori Konspirasi Musnahkan Umat Islam, Tentera Allah Untuk Bunuh Kafir

26-7-2021 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2195| Komen: 8

Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Keamanan Indonesia, Mahfud MD menegaskan kepada golongan agamawan di negara itu bahawa pandemik Covid-19 bukan teori konspirasi agama tertentu.

Lapor CNN Indonesia, Mahfud sekeras-kerasnya membantah dakwaan yang menyatakan Covid-19 merupakan virus buatan China atau Amerika Syarikat (AS) bagi memusnahkan umat Islam.


Kredit foto: Limapagi

Katanya, seluruh dunia diancam Covid-19 dan virus maut itu boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira soal agama, bangsa serta agama.

“China, India, AS, Jerman dan Perancis majoriti penduduknya bukan beragama Islam, tetapi negara-negara itu merupakan paling teruk terjejas akibat Covid-19.

“Oleh hal yang demikian, ternyata jelas Covid-19 bukanlah teori konspirasi mana-mana agama kerana semua penghuni dunia berdepan dengan virus itu,” katanya.

Selain itu, beliau juga menolak dakwaan menyatakan Covid-19 merupakan ‘tentera yang dihantar Allah SWT’ untuk membunuh orang kafir.


“Jangan kita salahkan apa yang berlaku dengan jadikan agama sebagai alasan. Ajal tidak kenal usia dan apa agama sekali pun bila sudah tiba masanya.

“Covid-19 tiada kaitan dengan golongan yang rajin solat atau tidak kerana ini adalah pandemik penyakit,” tegasnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 26-7-2021 03:12 PM
setuju pak
Quote nakkomenjugak 26-7-2021 05:54 PM
bijaknya mereka!

kalau camtu non isle tegak berdiri la tak mati kena kobid.

Quote nolya 26-7-2021 06:35 PM
nakkomenjugak replied at 26-7-2021 05:54 PM
bijaknya mereka!

kalau camtu non isle tegak berdiri la tak mati kena kobid.

Allah yg menghidupkan, Allah juga yg mematikn. Ummat tak ade hak untuk mempersoalkan. Yg Muslim yg kafir tetap akan mati jika Allah mau ambil nyawa yg dipinjamkan. Innalilla hiwainna ilaihiro ji'uun.
Quote inilastakucakap 26-7-2021 11:24 PM
nakkomenjugak: bijaknya mereka! kalau camtu non isle tegak berdiri la tak mati kena kobid.

Entahla nok sekatang ni macam macam
Quote supernaturalee 27-7-2021 02:08 AM
11 negara dgn angka kematian melebihi 100k bkn negara agama rasminya Islam

What is wrong with you indon??

Quote ms.koala 27-7-2021 04:30 AM
Oh cmtu pulak {:run
Quote Groovykid 27-7-2021 07:19 AM
Ok baiklah
Quote pikah89 27-7-2021 01:02 PM
Hmm tmai yg mati pn geng teori ni nk bermesyuarat

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.034158 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top