Namron berang apabila nama dan wajahnya digunakan sebagai pelaris ubat kuat. Pelakon dengan nama sebenarnya Shahili Abdan, 52, itu berkata kepada mStar bahawa dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak tidak bertanggungjawab terbabit masih menyiarkan nama dan gambarnya bagi melariskan produk mereka.
Katanya, sudah tiga hari dia menerima iklan itu daripada pengguna Facebook dan meminta pihak terbabit menurunkan posting tersebut, namun hingga kini tiada tindak balas. Jelasnya, teguran dibuat secara terbuka memandangkan ia satu jenayah selain menimbulkan persepsi negatif terhadap dirinya, sekali gus mencemar imejnya sebagai selebriti. "Benda ni tak wajar la sepatutnya mereka kena tanya dulu untuk gunakan. "Bila saya baca komen kat posting tu ada yang berpandangan negatif. Ada orang yang gelakkan sebab rasa benda tu kelakar. "Benda ni tak kelakar sebab benda ni melanggar etika undang-undang dan mereka tak boleh guna gambar orang lain letak kat produk mereka," ujarnya kepada mStar. Justeru, Namron menjelaskan bahawa dia terbuka sekiranya pihak terbabit meminta izin terlebih dahulu daripadanya. "Kita ada etika dan etika kena betul jangan main senang-senang je ambil gambar. Sebaik tanya dulu tak semestinya akan kena bayar,??? ujarnya. Amboi, nak senang dengan mudah tapi untung makan sendiri. - CARI
|
nononcrux: sekarang byk sgt iklan mcm ni..
ADVERTISEMENT