Kubur seorang wanita terpaksa digali semula apabila keluarganya lupa membuka tali mengikat jenazah. Kejadian berlaku di Kampung Bulusan, Karangdowo, Klaten, Jawa Tengah apabila keluarga mahu menggali semula kubur wanita berusia 50 tahun itu.
Detik melaporkan keluarga si mati tidak tenang dengan kejadian itu memutuskan untuk menggali semula kubur arwah. "Betul, ada kubur digali semula untuk buka tali jenazah," kata penghulu kampung Bulusan, Heri Purwoko. Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung dan perkara itu diketahui ketua kampung selepas menerima laporan dibuat keluarga. Ketika kubur itu digali semula, ternyata dakwaan tali jenazah belum dibuka itu benar. Akhirnya selepas selesai membuka tali jenazah, jenazah dikebumikan sekali lagi. Heri berkata, perkara itu dibongkar selepas menerima permintaan keluarga yang merasakan tidak tenang menyebabkan semua pihak bekerjasama menggali semula kubur itu.
Heri berkata, mereka menyangka tali jenazah lupa dibuka kerana dibawa terus dari hospital dalam peti mayat. Setiba di rumah duka, jenazah terus dikebumikan. "Jenazah dikirim dari peti hospital dan tiba di lokasi dan terus dikebumi," katanya. Jurucakap polis Karangdowo, Aleg Ipanudin mengesahkan mengenai kejadian itu. Penggalian semula kubur dilakukan bersama beberapa sukarelawan lain. Aleg juga mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital dan dikebumikan pada 12 Julai lalu. "Meninggal dunia pada 12 Julai dan dikebumikan seperti biasa. "Punca kematian akibat sakit jantung, bukan Covid-19," katanya. Sumber: Harian Metro
|
Persada: Alhmdlh kuasa Allah. Petunjuk dtg pd fmly.
Daftpunk_shine replied at 27-7-2021 02:35 AM
Dik..boleh tolong bukakkan tali akak..akak kat tepi tingkap ni..
Daftpunk_shine replied at 27-7-2021 02:35 AM
Dik..boleh tolong bukakkan tali akak..akak kat tepi tingkap ni..
hashashes replied at 27-7-2021 11:55 AM
Tali yang ikat kat ats kepala tu ke
ADVERTISEMENT