Pizza untuk Itali, Drakula untuk Romania dan Chernobyl bagi Ukraine. Itu antara gambar dan keterangan yang digunakan oleh syarikat penyiaran Korea Selatan ketika memperkenalkan wakil bagi setiap negara semasa acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo.
MBC membuat permohonan maaf kerana menyinggung perasaan penonton selepas aduan terhadap paparan visual yang ‘menyinggung’ dan ‘tidak masuk akal’, lapor BBC. Saluran televisyen itu memaklumkan pihaknya mahu memudahkan penonton memahami setiap negara yang masuk dengan cepat, namun, ia adalah kesalahan yang tidak boleh dimaafkan. Menerusi kenyataan dalam Twitter, MBC menjelaskan keputusan itu menunjukkan sikap kurang peka terhadap sesebuah negara. Katanya, pihaknya akan menyiasat bagaimana gambar dan keterangan itu diputuskan untuk dipilih. Sumber: Utusan
|
nakkomenjugak replied at 26-7-2021 06:48 PM
malaya gambar dia letak apa? kedegilan rakyat merentas negeri?
white_musk replied at 26-7-2021 07:06 PM
Gambar bawang
nakkomenjugak replied at 26-7-2021 06:48 PM
malaya gambar dia letak apa? kedegilan rakyat merentas negeri?
nakkomenjugak: malaya gambar dia letak apa? kedegilan rakyat merentas negeri?
ADVERTISEMENT