Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengumumkan lanjutan Perintah Pembatasan Kegiatan masyarakat (PPKM) darurat negara itu sehingga 2 Ogos akan datang, lapor Suara.com, semalam. PPKM Tahap 4 yang sepatutnya berakhir pada kelmarin akan disambung bermula hari ini dengan beberapa kelonggaran diberikan.
Antara aktiviti yang diberi pelepasan pada Tahap 4 adalah mengizinkan aktiviti makan di kedai dengan syarat ketat. “Pengunjung boleh menikmati hidangan di kedai namun dalam tempoh masa terhad iaitu selama 20 minit sahaja. “Pasar barangan harian pula dibenarkan beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 3 petang,” kata Jokowi dalam kenyataan medianya. Selain itu, bengkel dan tempat cuci kereta, kedai gunting rambut dan dobi layan diri juga diberi kelonggaran beroperasi sehingga pukul 9 malam. Dalam pada itu, rata-rata rakyat mempersoalkan had masa makan di kedai dalam tempoh 20 minit yang dianggap terlalu singkat.
“Kalau makan tergesa-gesa kerana mahu menepati masa 20 minit, nanti ada yang mati tercekik pula. “Tuan Presiden diharap boleh pertimbangkan had masa yang lebih panjang dengan protokol kesihatan lebih ketat,” komen seorang pengguna media sosial. Sumber: Kosmo!
|
fadz84 replied at 26-7-2021 06:17 PM
Klu 20min baiklah tapau bawak balik je.. huhuhu
kyozsamurai replied at 26-7-2021 06:38 PM
ada yang tolong kira masa ke disitu?
amek order saje dah 2-3 minit + masak lagi
margo20 replied at 26-7-2021 06:49 PM
Car wash buka ok la jgk kt sini hampeh camne nak basuh kete pun taktau
mrsamz replied at 26-7-2021 06:42 PM
Dia taknak bagi rakyat dia mengopi membawang di kedai makan la tu..makan minum habis setel blah la t ...
Annaquinn009 replied at 26-7-2021 07:21 PM
x yah basuh kereta...bukan gerak pun kereta
ADVERTISEMENT