CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat Penghantar Makanan Bertengkar Tak Puas Hati Dihon Pemandu

27-7-2021 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2139| Komen: 11

Polis memulakan siasatan terhadap video klip berdurasi 50 saat yang tular di media sosial memaparkan pertengkaran di antara penunggang motosikal dipercayai penghantar makanan dengan seorang pemandu kereta di Persiaran KLCC baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, video tersebut dikesan tersebar di media sosial pada Sabtu.


Penunggang motosikal dipercayai penghantar makanan itu tidak berpuas hati dipercayai selepas dihon pemandu kereta berkenaan.

“Polis menjalankan siasatan berhubung video tular tersebut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, menurut Zainal, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sejurus siasatan selesai untuk tindakan lanjut.

Pada masa sama, orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan klip video berkenaan kerana dikhuatiri akan mendatangkan kegusaran awam.


Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 27-7-2021 09:21 AM
polis kena banyak juga memantau jalan raya tengok behaviour delivery grab yg bermotosikal ni
Quote star_karat 27-7-2021 09:22 AM
Banyak lah kau punya gusar
Quote krustykrab 27-7-2021 09:45 AM
Tangkap je rider grab yg kurangajau ni...bg pengajaran pd rider2 yg lain...
Quote Babai 27-7-2021 09:48 AM
mbhcsf replied at 27-7-2021 09:21 AM
polis kena banyak juga memantau jalan raya tengok behaviour delivery grab yg bermotosikal ni

Majority mat samseng rempit
Quote nononcrux 27-7-2021 09:50 AM
rider hantar food ni kalau tak tahu jalan mcm haram jugak bawak motor..haih
Quote nakkomenjugak 27-7-2021 11:57 AM
lepas ni biar je. dia nak boonuh diri sangat nak main langgar trafik light, haa silakan. pandai2 laa bangun pergi ke alam kuburan sendiri.
Quote pikah89 27-7-2021 12:28 PM
Mmg biadap da salh nk maki org
Quote hiswife 27-7-2021 12:45 PM
nakkomenjugak replied at 27-7-2021 11:57 AM
lepas ni biar je. dia nak boonuh diri sangat nak main langgar trafik light, haa silakan. pandai2 laa ...

Masalahnya nanti menyusahkan org.. Jalan jem sebab accident.. Kereta kemek langgar dia.. Lori nak kena cuci serpihan2 dia yg melekat
Quote nakkomenjugak 27-7-2021 12:52 PM
hiswife replied at 27-7-2021 12:45 PM
Masalahnya nanti menyusahkan org.. Jalan jem sebab accident.. Kereta kemek langgar dia.. Lori nak  ...

haa itu laa pasal.
orang hon bukan saje2.
dah buat salah, dia pulak mengamok macam ponen lorong.
kalau kena lenyek, orang jugak yang kena handle mayat dia

Quote cyber_mania 27-7-2021 12:55 PM
Orang sekarang jenis cepat marah betul eh. Sikit2 pun nak mencarut. Benda kecik je kut
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 12:50 PM
aku mmg pantang sungguh kalau bawak kete, tepi2 rider ni. kadang ko nak kejar trip smpi nak mati pn xpe.
aku bawak kete lane aku, ko nk lumba2 ngelat moto sebelah, dgn harapan aku pn brek bg ko lalu. bila tak lepas, g hon aku siap angkat2 tangan bagai nk rak. bila aku brek bawak 20km/j takde pn kau nk potong kan, td bukan main nk jadi star kan. aku tngu jugak kalau ko potong mmg aku nk bahasakan ko dik. semua org effected kot covid ni. aku pn korek citra, lestari sumer nk bagi ko tips gak.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.072933 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top