CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

YouTuber Tak Boleh Tidur Malam Dapat Patung Berdarah Dicucuk Jarum, Sihir Ke?

27-7-2021 10:02 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8303| Komen: 25|Original author: Oleh: LilRose

Meremang bulu roma melihat video YouTuber terkenal, Asyraf Rozami yang menunjukkan dia menerima hadiah misteri berupa anak patung, baru-baru ini.


Kredit foto: IG


Menerusi video di YouTube ketika membuat content dengan berkongsi hadiah daripada peminat, dia menunjukkan sebuah kotak berisi patung Ultraman berdarah.



Kredit foto: YouTube

Lebih menyeramkan apabila dia kemudian perasan bahawa patung berkenaan dicucuk dengan beberapa jarum.



Berkata kepada mStar, Asyraf mengakui tidak menjangkakan hadiah berkenaan.

"Bila saya tenung lama-lama baru sedar ada jarum yang dicucuk pada anak patung tu.

"Tergamam saya tengok! Saya pun dah buang anak patung tu depan rumah. Sejujurnya, memang saya tak pernah terfikir untuk terima hadiah macam itu.

"Walaupun hanya anak patung ultraman tapi memang menyeramkan... saya tak boleh tidur malam tu!

"Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang berlaku kepada saya. Saya anggap ini prank! Mungkin mereka nak mengusik dan menakut-nakutkan saya," katanya kepada mStar.



Difahamkan, alamat pengirim tidak dinyatakan manakala nama pengirim pula kelihatan pelik.

"Aku tak tahu ni korang prank aku ke apa. Tapi aku meremang. Anak patung ni biasa je, tapi kenapa cucuk-cucuk?" ujarnya dalam videonya, baru-baru ini.

Dari ceria, terus meremang! Ada orang hantar sihir kepada Asyraf ke? - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulanbulat 27-7-2021 10:23 AM
Yawnnnnnnn
Quote pikah89 27-7-2021 11:12 AM
Keji sgt main sihir org ni…ayah sis pnah kena btuk x baik2 g darul syifa tepuk2 kuar mcm serbuk berkilat..kalau berul la disantau..celakalah org yg buat tu…
Quote qwen_luna 27-7-2021 11:51 AM
Iyee kee? Ke anta kat diri sendiri sbb nak buat content?
Quote nakkomenjugak 27-7-2021 11:53 AM
boleh je bagi otromen tu sebagai plush biasa. but noooooo nak edgy sangat.
baguslah dibuang sebelum benda buruk berlaku
Quote RatuDunia94 27-7-2021 12:01 PM
Content....content...content...
Quote kakakgarang 27-7-2021 12:09 PM
wei siapa ni.. busuk betul muka
Quote kotakominami 27-7-2021 12:26 PM
Demi secebis content...hmmm
Quote tuttt 27-7-2021 05:12 PM
Spe main sihir2 ni mmg jahat. Harap bukan untuk secebis content la ye budak
Quote SecretLuv 27-7-2021 09:06 PM
Nampak macam berlakon je tu. Muka pun terkejut macam dibuat2 je
Quote biozipstar 27-7-2021 10:07 PM
kalau benda ni tak betul, bahaya dik. kalau betul pun masih bahaya sbb kau jadikan konten. tak pasal kang hemmm takpela aku save the comment
Quote lyshafull 27-7-2021 10:40 PM
Teringt budk tiktok buat content cite pasal ‘ain’ buat muka die teruk hahahahhaha demi sesuap content dn fame
Quote bictoria 27-7-2021 11:11 PM
qwen_luna replied at 27-7-2021 11:51 AM
Iyee kee? Ke anta kat diri sendiri sbb nak buat content?

ada kemungkinan di situ
Quote Carimas23 27-7-2021 11:15 PM
Takkan benda gini pon sanggup menipu demi nak buat content jugak.  Kang kena betul2...
Quote sfrnna 28-7-2021 06:17 AM
susah nak percaya. zaman orang sanggup buat apa saja untuk content dan view.  meols kalau dapat penda macam ni terus call org terdekat dan p berubat. xdak masa nak buat video.. nak edit lagi.
Quote dudaberhias 28-7-2021 06:36 AM
Sikit pun aku tak percaya dek oiii.. buat saja2 untuk clout ker tuuu???

Kalau menipu moga betul2 di sihir dan mati dalam keadaan mengaibkan sampai terlondeh dan tiada apa2 nilai penipuan ittew. Ala2 kifarah untuk dosa menipu ittew.
Quote dudaberhias 28-7-2021 06:39 AM
sfrnna replied at 28-7-2021 06:17 AM
susah nak percaya. zaman orang sanggup buat apa saja untuk content dan view.  meols kalau dapat pend ...

Ingat tak kaka yang seko lagi youtuber nama prince2 konon kena dybbuk box ke apa tah tu? Sampai gigih semua orang tengok youtube dia tu. Kurus kering je entah2 mendadih, bukannya kesan kena gangguan.

Kalau dah menipu moga duit2 haram deorang makan dari hasil youtube tu memberi balasan dan kifarah dekat penipu2 ni sampai duit2 tu takde nilai lagi.
Quote sfrnna 28-7-2021 08:53 AM
dudaberhias replied at 28-7-2021 06:39 AM
Ingat tak kaka yang seko lagi youtuber nama prince2 konon kena dybbuk box ke apa tah tu? Sampai gi ...

mamat tu dia punya video bersiri2.. siap ada ustaz darul syifa sekali kot dgn ustaz mana lagi tah dia pangil. Masa tengok tu macam tertanya tanya gak budak ni takdak makbapak sedara mara ke nak p tolong. ada mix feeling gak. nak caya ke tanak, nak caye ke tanak. kemunculan ustaz tu boleh buat video tu believable kot. last2 meols stop tgk video dia terus. kalau la video tu keluar time musim video setat pentaksub viral tumbuk cili, mungkin meols terus cancel tgk video2 budak tu terus tanpa ragu2.
Quote black_handbag 28-7-2021 09:07 AM
whooooaaarrrryusssssssssss sangat yang orang nak sihirkan ko ni
muka macam pemain bola cabuk je

nexxxxxxxxxxxxxxxxxtttttttttttt
Quote missyL 28-7-2021 09:35 AM
Cm tipu je.
Lau btol kene sihir nk amek vid pn xleh.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.042232 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top