|
Reda dan pasrah. Itu yang dilakukan oleh pelakon Fiza Halim selepas dihujani dengan pelbagai hinaan dan kecaman berhubung kontroversi dakwaan ‘kaki sondol’ dan pemusnah rumah tangga orang baru-baru ini.
Menurut Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Binti Abd. Halim, 40, dia enggan melayan segala tohmahan yang dilemparkan terhadapnya kerana menganggap semua itu sebagai ujian kecil dalam hidup. “Semua yang berlaku sudah pun tertulis.Ada yang menghina, mengeji dan mencaci tetapi saya hanya mendiamkan diri. “Biarlah, bagi saya ini ujian. Saya reda dan pasrah dengan semua ketentuan yang sudah tertulis pada lukisan hidup ini. Apapun, hidup perlu diteruskan,” tulisnya dalam satu entri Instagram.
Namun, perkara yang lebih duka ialah apabila dia tidak berpeluang untuk bertemu dengan anaknya bongsunya, Siti Alena Adra atau Baby Aleena, 3, disebabkan pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP). Luahnya, dia sama juga seperti manusia lain yang tidak suka dengan perpisahan terutama bersama zuriat sendiri.
|
ophillea replied at 27-7-2021 11:16 AM
Elok kejadiannya... orang cantik jodoh pun senang dapat. Untungla uolls
MoneyMatters replied at 27-7-2021 11:18 AM
Kan.. Untung jd org cantik. Mana2 pergi org syg.. Senang je dpt jodoh..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 11:03 PM GMT+8 , Processed in 1.458943 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.