Ipoh: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di dalam kereta di sebuah stesen pam minyak di Chemor di sini, hari ini.
Jurucakap jabatan itu berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden menimpa mangsa Harith Nazhan Nazrul Sukri yang berusia dua tahun itu pada 10 pagi. "Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan untuk kerja-kerja menyelamat. "Ketika kejadian, ibu mangsa dikatakan keluar dari kereta jenis Perodua Bezza untuk mengisi minyak kereta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, pasukan bomba kemudian membuka pintu kereta berkenaan menggunakan peralatan khas dan kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan setelah terperangkap selama 10 minit. Katanya, mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu manakala operasi tamat pada 10.28 pagi. -CARI Sumber: Harian Metro
|
kelam22 replied at 27-7-2021 01:34 PM
Kes macam ni selalu. Tapi sekarang lagi masalah. Anak kat rumah nak ditinggalkan tak de orang nak ja ...
elnor_81 replied at 27-7-2021 01:56 PM
Smlm aku tgk ad mak tgglkan ank dlm keta msuk kedai. Nasib baik anknya pandai bukak lock keta. Aku r ...
margo20 replied at 27-7-2021 01:34 PM
Bezza bukan pakai keyless ke? Nape tak letak kunci dlm poket klu nk tglkn anak?
wirazam replied at 27-7-2021 02:54 PM
Kalau nak tinggalkan sekejap..bukak lar cermin kereta tu 1/4..jgn tutup langsung
elnor_81: Smlm aku tgk ad mak tgglkan ank dlm keta msuk kedai. Nasib baik anknya pandai bukak lock keta. Aku rse ni maybe dlm 3,4 thn. Sme adik ipar aku letak a ...
ADVERTISEMENT