Melihatkan jumlah kes jangkitan varian Delta COVID-19 yang semakin meningkat, selebriti Puan Sri Normala Samsudin meluahkan rasa bimbangnya di Instagram. Ujarnya varian Delta ini berupaya untuk memberi kesan yang lebih teruk pada masyarakat terutamanya golongan anti vaksin.
Menerusi story Instagram, Puan Sri Normala berkongsi varian Delta ini sangat berbahaya dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Tambahnya walaupun varian ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi golongan anti vaksin merupakan golongan yang berisiko tinggi. “Iktibar untuk mereka anti vaksin. Jika anda masih berdegil, akibatnya hanya tinggal anda sahaja yang terdedah teruk pada C19 Delta. Varian yang sangat kuat”, tulisnya di Instagram.
Puan Sri Normala mendedahkan varian ini lebih kuat berbanding dengan COVID-19. Malah dia juga menasihati orang ramai yang sudah divaksin dan positif varian ini mengikuti nasihat doktor untuk sembuh. Selain itu, Puan Sri Normala juga berharap agar mereka yang belum divaksin atau sudah menerima dos pertama untuk tidak bergerak dengan bebas dalam negara. Kongsinya, mereka ini turut mempunyai risiko yang tinggi untuk terdedah pada jangkitan.
|
udangku replied at 27-7-2021 01:41 PM
Harap rita rudaini bacalah pesanan akak normala kita ni {:hooray
Inadori replied at 27-7-2021 01:59 PM
Acik Mala confirm sangat je yg dah vaksin tak terdedah risiko covid dan Delta variant.
Semalam, d ...
Inadori replied at 27-7-2021 02:14 PM
Sebut apa
dino replied at 27-7-2021 02:20 PM
slps vaksin pun tak terlepas dr kena covid
yg diaim jgn sampai stage 4/5
Inadori replied at 27-7-2021 02:21 PM
Tu la dia confident sangat. Padahal yg dah vaksin pun ada sampai stage 4 dan 5.
Tengok data DG ...
OyenLemas replied at 27-7-2021 03:04 PM
dah berumur pun cantik. tu je nk ckp
wirazam replied at 27-7-2021 03:06 PM
Umurnya brp? Nampak mcm 40 an je
ADVERTISEMENT