CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Hilang Suami Akibat Covid-19, Golongan Janda Kena Diberi Lebih Perhatian

27-7-2021 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4074| Komen: 25

Pemerintah daerah di Indonesia digesa agar tidak melupakan kebajikan golongan wanita yang menjanda selepas kehilangan suami akibat Covid-19, lapor laman hosp.id, hari ini.

Menurut Ketua Harian Pusat Pelayanan Terpadu Pemberdayaan Perempuan dan Anak (P2TP2A) Kabupaten Cianjur, Jawa Barat, Lidya Indayani, golongan janda juga layak mendapat perlindungan dan pertolongan untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak.


Foto: AFP

“Semua pihak perlu ambil berat dan melakukan sesuatu tentang bagaimana hendak membantu kaum wanita yang kehilangan ketua keluarga.

“Ada dalam kalangan mereka yang tidak pernah bekerja maka pemerintah setempat perlu peka dalam hal ini,” ujar Lidya.


Tambah Lidya, kebiasaannya tanggungjawab ini jatuh kepada ahli keluarga terdekat namun dalam situasi pandemik, keadaan menjadi sedikit berbeza.

“Jika biasanya tanggungjawab ini diambil alih oleh kaum keluarga terdekat, namun dalam situasi pandemik, boleh dikatakan semua rakyat terjejas.

“Maka tanggungjawab itu jatuh kepada pemerintah untuk melindungi kaum wanita bergelar janda yang hilang punca rezeki selepas kematian suami,” jelasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jiwasemangat 27-7-2021 02:02 PM
Kata nya di Bali.. di haram kan berkahwin dgn janda..
Quote Skuau 27-7-2021 02:14 PM
Gue ngak pusing... udah jodoh gue sama orang Msia-friska N trisna...
Quote bictoria 27-7-2021 02:16 PM
sedara mara bantu dulu
Quote Ain_h 27-7-2021 02:30 PM
Al fatihah
Quote OyenLemas 27-7-2021 02:42 PM
alfatihah. wow tajuk mengundang betul
Quote Mini.Me 27-7-2021 03:02 PM
Debor iols baca tajuk{:laugh
Quote aiyaya2708 27-7-2021 03:27 PM
Pusing {:question
Quote xastor9 27-7-2021 04:02 PM
nambah tanggungan suami baru
Quote terpaling 27-7-2021 04:03 PM
choiii sgt tajuk..
Quote ophillea 27-7-2021 04:05 PM
Kasihani la kami yang bujang juga hukhukhuk
Quote Normabaru 27-7-2021 04:16 PM
Bukan janda la. Baluuuuuuuu. And gol ni xhingin pon laki lain.. Masih trauma xhilang.
Quote incess.my 27-7-2021 04:35 PM
Dunia nak kiamat. Lelaki ramai mati
Quote Ousna 27-7-2021 05:27 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote nakkomenjugak 27-7-2021 05:46 PM
Moga ada yang bantu.
Quote coolpsyrie 27-7-2021 06:32 PM
abang pilih yg mana perawam atau janda
Quote jiwasemangat 27-7-2021 06:37 PM
Janda sahaja kena bagi perhatian.. ? How about juniour andart.
Quote Thecatnextdoor 27-7-2021 07:05 PM
Seingat i janda kalau bercerai hidup kalau bercerai mati gelarannya balu
Quote brego 27-7-2021 07:36 PM
apa pendapat @ifanonline  ?

kalau lelaki pilih andartu, macam mana dengan naseb janda?
Quote ifanonline 27-7-2021 07:39 PM
brego replied at 27-7-2021 07:36 PM
apa pendapat @ifanonline  ?

kalau lelaki pilih andartu, macam mana dengan naseb janda?

janda tak risau sangat...mudah cari pengganti

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.198631 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top