Masih berada di Mesir, penyanyi rap Caprice menerima berita sedih berhubung pemergian nenek tersayang pada pagi Selasa. Tanpa berkongsi maklumat terperinci mengenai punca kematian, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, meluahkan rasa terkilan tidak dapat menunaikan janjinya untuk membawa arwah tinggal bersama ibu dan bapanya di Kuala Lumpur.
"Pagi tadi semasa solat Subuh saya dikhabarkan berita kehilangan nenek. "Impian dan janji saya untuk menempatkannya di rumah bersama ibu bapa saya di KL tidak tercapai," tulisnya di ruangan kapsyen. Selain itu, Caprice, berkata, dia juga gagal mengotakan janji untuk memperkenalkan pasangan hidupnya kepada Allahyarham.
Dia juga ralat tidak dapat bersama menguruskan jenazah arwah seperti yang mana dijanjikan sebelum ini.
|
ADVERTISEMENT