CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Bunuh Isteri Depan Tiga Anak

28-7-2021 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2648| Komen: 12

Kaherah: Seorang lelaki yang juga doktor gigi di Mesir didakwa membunuh isterinya dengan menikam mangsa sebanyak 11 kali.

Lebih menyayat hati apabila tiga anak mereka turut menjadi saksi insiden berkenaan.


Gulf News memetik laporan media tempatan melaporkan, insiden itu berlaku di kampung Shawa dekat Dakahlia yang terletak di utara Mesir.

Gambar Hiasan, Foto: Harian Metro

Dr Magdy Abdul Hadi dan isterinya, Dr Yasmine Hassan Suleiman dikatakan bertengkar sehari selepas Hari Raya Aidiladha.

Suspek dikatakan mengambil pisau seterusnya menikam isterinya hingga mati di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah.

Penduduk setempat turut bersedih, malah terkejut dengan pemergian Dr Yasmine yang maut di hadapan tiga anaknya.


Siasatan pihak berkuasa mendapati bahawa berlaku perselisihan antara pasangan itu sebelum si suami bertindak menikam isterinya.

Salah seorang jiran memberitahu polis, ketika kejadian, dia mendengar jeritan dan tangisan anak mangsa.

Polis tiba di tempat kejadian dan merampas pisau yang digunakan untuk menikam mangsa.

Suspek melarikan diri sejurus selepas kejadian dan kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bictoria 28-7-2021 11:34 AM
kesian anak anak dia
Quote thetimes 28-7-2021 11:38 AM
Tak guna punya bapak.Kesian, trauma budak2 tu
Quote Carcosa 28-7-2021 12:04 PM
Nama je Dr, tapi pe'el ngalahkan org yg non educated!
Quote Olumis 28-7-2021 12:33 PM
Kesian anak-anak dia
Quote Decaffeinated 28-7-2021 12:37 PM
Polis tiba di tempat kejadian dan merampas pisau yang digunakan untuk menikam mangsa.

Suspek melarikan diri sejurus selepas kejadian dan kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.


sekali baca awat bodoh ka polis pi biaq dia lari.

dua kali baca aku faham wartawan silap susun ayat salah sequence.

Quote matbad 28-7-2021 12:49 PM
tringat doctor gigi dei mesir pnah betugas kat tempat aku ni. dah beli tiket smua ank brank nk bawak p becuti ke aussie. skali tak boleh sbb aussie mintak sijil english. dia pn speaking boleh la dlm 30%. walaupun doc dia mmg tak lepas pegi sana selagi takdak sijil atau apa2 doc yg membuktikan dia bleh ckp english. kesian plak tiket burn mcm tu ja. pening dgn doc tu mcm mna bleh betugas kat sini
Quote gigimukelabu 28-7-2021 12:55 PM
Tak cakap ke punca bergaduh?
Quote BlackOpium 28-7-2021 03:15 PM
Kau dah kenapaaaa? Kesian dekat anak-anak tu, dah la jadi saksi bapak tikam mak diorang
Quote nakkomenjugak 28-7-2021 03:32 PM
memang kena angkat tangan ehh kalau gaduh? dah angkat tangan, tangan pegang senjata. hmmm
Quote Zirara99 28-7-2021 04:05 PM
Aku rasa dia stress.
Quote Fortiori02 29-7-2021 08:05 AM
Kesian anak2 nya trauma. Ada masalah, bincang la elok2 laki bini. Kalau sorang tgh ribut, yg sorang tu ambik peranan tenangkan. Kalau dua2 ribut, itu yg kdg2 boleh jd benda x terduga gini.
Quote I.K.A888990 29-7-2021 01:42 PM
kena tangkap dah belum?
kesian anak2 yg tgk mak.mcm tu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.047176 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top