Pasangan selebriti, Ashton Kutcher dan Mila Kunis mengakui mereka jarang mandi, sebaliknya hanya membersihkan bahagian sulit saja setiap hari. Dalam temubual bersama program podcast Armchair Expert, Kunis berkata, mereka juga jarang menyuruh dua anak mereka, Wyatt, 6, dan Dimitri, 4, mandi.
"Saya membesar tanpa alat pemanas air, jadi saya memang jarang mandi. Saya pun bukan jenis yang mandikan anak-anak," katanya yang juga hanya mencuci mukanya dua kali sehari. Kutcher pula berkata, mereka hanya membersihkan bahagian yang terkena kotoran sahaja. "Kalau nampak ada kotoran pada anak-anak, kami akan bersihkan. Kalau tidak, tak perlu mandi," katanya.
Menurut Kutcher, dia hanya menggunakan air untuk membersihkan wajah walaupun selepas melakukan aktiviti kecergasan. "Hanya ketiak dan celah kangkang saja, tempat lain tak perlu. Kalau selepas bersenam, saya basuh muka untuk buang garam-garam peluh," katanya. Dua anak mereka iaitu Wyatt dan Dimitri besar kemungkinan akan membesar dengan mentaliti sama. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Abahmung replied at 28-7-2021 11:50 AM
kalau mandi 3x sehari tapi muka tetap berkerak mcm mana
namr replied at 28-7-2021 11:53 AM
Muka berkerak tapi bersih wangi vs muka herlok tapi busuk pekong mana satu pilihan hati:lo ...
ADVERTISEMENT