CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Kenal Anak Bini Selepas Bangun Tidur

28-7-2021 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4369| Komen: 25

Seorang lelaki berusia 37 tahun hilang ingatan secara tiba-tiba dan satu-satunya perkara yang dia ingat adalah dia masih berusia 16 tahun dan bersedia untuk pergi ke sekolah.

Pada Julai tahun lalu, Daniel Porter bangun tidur seperti biasa, namun, dia secara tiba-tiba tidak mengenali wanita yang tidur di sebelahnya sedangkan wanita itu adalah isterinya yang dikahwini sejak lebih 10 tahun lalu.




Selain itu, Porter juga tidak mengingati anaknya, sebaliknya menganggap dirinya masih remaja.

Isterinya, Ruth terpaksa menenangkan Porter yang kelihatan cemas dan terkejut dengan menerangkan dia adalah isterinya dan Porter adalah lelaki dewasa.

“Perkara itu berlaku secara tiba-tiba, suami saya tidak mengenali saya dan anak. Dia cuma ingat dia berusia 16 tahun dah perlu ke sekolah.

“Malah, Porter ingat dia diculik dan cuba cari jalan keluar dari rumah kami,” katanya.


Ruth kemudiannya membawa suaminya ke hospital untuk rawatan dan doktor mengesahkan Porter mengalami Transient Global Amnesia yang menyebabkan dia hilang ingatan secara tiba-tiba.

Doktor memberi jaminan keadaan itu hanya bersifat sementara dan ingatan Porter akan pulih dalam tempoh 24 jam.

Namun, keadaan Porter tidak berubah dalam tempoh setahun, malah tahap ingatannya semakin merosot, selain personalitinya turut berubah.

Doktor tidak dapat mengenal pasti apa yang berlaku terhadap Porter, namun mengaitkannya dengan tekanan emosi akibat kehilangan kerja, terpaksa menjual rumah dan mengalami masalah tulang belakang.

Kini, Porter masih menjalani terapi, namun tidak dapat dipastikan dia akan pulih sepenuhnya atau tidak.


Sumber: Utusan
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaedahnya 28-7-2021 02:15 PM
ahahhhahhaha.
mesti dia pelik tengok body dia dah lain dengan bulu merata rata tapi rambut tinggal sikit
Quote midori_katana 28-7-2021 02:17 PM
la macam drama korea... 18 again
Quote cyber_mania 28-7-2021 02:17 PM
Macam citer 50 first dates ....
Quote kakakpositifker 28-7-2021 02:29 PM
betul2 ke ni
Quote mdhelmi 28-7-2021 02:41 PM
mcm tv lama la kot
ketuk kepala pakai kayu nanti ingat balik la tu
Quote OyenLemas 28-7-2021 02:51 PM
bertabah lah. isteri & anak
Quote bictoria 28-7-2021 03:00 PM
Transient global amnesia tak ada spesific treatment. Hilang ingatan dalam few hours lepas tu back to normal
Quote mbhcsf 28-7-2021 03:04 PM
transient global amnesia

apa beza dengan Fugue? atau conversion syndrome? ?????
Quote nakkomenjugak 28-7-2021 03:12 PM
ko dah kenapa nokkkk?
moga cepat sembuh
sian kat anak minikkk
Quote nononcrux 28-7-2021 03:17 PM
ok ini mmg ade penyakit mcm ni.. yang aku tak paham ade pasangan tu lepas kawen wife dia terus berperwatakan mcm kucing.. kenapa doh kau mls jadi manusia normal sbb kena jaga laki ke ape hahah
Quote tipahbogs 28-7-2021 03:22 PM
baru jugak tengok cerita macam ni kat netflix. haha
Quote any42 28-7-2021 03:26 PM
wah mcm muvi 50 first dates
Quote edayildiz 28-7-2021 04:15 PM
mmg ada eh gini..ingt drama korea gini kn..
tp i pnh bgn tdo..i jd blur jer..lama jgk termenung dk fikir mcmana blh ada kt situ
Quote naina 28-7-2021 04:26 PM
nononcrux replied at 28-7-2021 03:17 PM
ok ini mmg ade penyakit mcm ni.. yang aku tak paham ade pasangan tu lepas kawen wife dia terus berpe ...

Macam tu biarkan dia dijalanan cari makan sendiri. Nak ke tak nak. Nak jadi kucing sangat
Quote Plain-tif 28-7-2021 06:23 PM
Aku ingatkan Preity Zinta la tadi
Quote angelofish 28-7-2021 06:53 PM
macam cerita korea...kisah laki dia hilang ingatan.kembali ke zaman baru dapat anak pertama...akhirnya kantoi anak pertama dia adalah anak pak sanggup....
Quote brego 28-7-2021 08:47 PM
dah 2 orang cakap,
tapi aku nak cakap jugak,
macam adam sandler 50 first dates
Quote supernaturalee 28-7-2021 08:53 PM
Plain-tif replied at 28-7-2021 06:23 PM
Aku ingatkan Preity Zinta la tadi

Preity Zinta dgn Maher Zain

Hahaha

Anyway dh lbh setahun dia kena amnesia
Ape update nya tu

Maybe die kena terlanggar something mcm alang rmh atau terlanggar dinding then br blh igt balik
Mcm dlm cerita selalu tgk kt tv tu
Tp kena secara x sengaja lah
And it needs to be hit soooo hard

Hehehe

Quote Plain-tif 28-7-2021 11:33 PM
supernaturalee replied at 28-7-2021 08:53 PM
Preity Zinta dgn Maher Zain

Hahaha

Atau mungkin pagi2 bini dia kena agah dengan rambut mengerbang sampai dia terkejut terkujat

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.400318 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top