CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibelasah Datuk Nenek, Pakcik Makcik Dan Keluarga Sampai Mati Sebab Pakai Jeans

28-7-2021 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4200| Komen: 28

Polis sedang menyiasat 10 individu sebuah keluarga yang didakwa membunuh seorang gadis kerana ingkar memakai jeans.

Mereka yang terlibat itu merupakan datuk, nenek, pakcik, makcik, sepupu dan pemandu keluarga berkenaan.


Datuk, nenek, pakcik dan pemandu keluarga itu sudah ditahan.

Neha, Foto: Agensi

Dalam kejadian minggu lalu, Neha Paswan, 17 tahun, didakwa dipukul hingga mati oleh anggota keluarganya di negeri Uttar Pradesh kerana mereka tidak suka dia memakai seluar jeans.

Ibunya, Shakuntala Devi Paswan, memberitahu, remaja itu dipukul dengan tongkat oleh datuk dan pakciknya setelah bertengkar mengenai pakaiannya di rumah mereka di kampung Savreji Kharg di daerah Deoria.


“Dia telah berpuasa sepanjang hari. Pada waktu malam, dia mengenakan jeans dan top untuk melakukan ritual agama. Namun datuk dan neneknya kurang senang dengan pakaiannya.

“Neha mempertahankan bahawa seluar jeans itu dibuat untuk dipakai dan dia akan memakainya.

“Tindakan Neha telah menyebabkan pertikaian dan dia dipukul,” kata ibunya.

Devi berkata, anaknya dibawa ke hospital selepas pengsan.

“Keluarga tidak membenarkan saya mengikut Neha menyebabkan saya meminta saudara saya pergi ke hospital untuk melihat Neha tetapi dia tidak menemuinya,” ujar beliau.

Wanita itu berkata, pada keesokan harinya, dia terdengar ada mayat seorang gadis digantung dari jambatan Sungai Gandak dan apabila penduduk melihat mayat itu, didapati ia adalah Neha.

Bapa mangsa, Amarnath Paswan, yang bekerja sebagai buruh pembinaan di Ludhiana, Punjab berkata, dia bekerja keras untuk memastikan Neha dihantar ke sekolah.

Katanya, Neha bercita-cita mahu menjadi polis.

Ibu mangsa berkata, keluarga mertuanya telah memberi tekanan kepada Neha supaya berhenti sekolah dan anaknya kerap dihina kerana tidak memakai pakaian tradisional India.

Neha, katanya, suka memakai pakaian moden.

Kejadian sedih dan ngeri yang menimpa Neha telah membuka mata banyak pihak tentang keselamatan gadis-gadis India di rumah sendiri. -CARI

Sumber: Malaysia Gazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 28-7-2021 03:02 PM
kadang2 it be your own family yang ambik nyawa
Quote JohnyEnglish 28-7-2021 03:19 PM
silap2 nti pemandu tu je kene
Quote any42 28-7-2021 03:24 PM
mngsa pkai jeans je kot bkn pkai jin smpaikn nk pkul bdk tu smpai mati.
Quote None68 28-7-2021 03:25 PM
Klu pakai jin mau makcik pakcik tu yg mati
Quote kaedahnya 28-7-2021 03:26 PM
mak bapak dia tak sempat nak keluarkan dia dari family toksik tu.
boleh imagine macam mana parents dia pun didera sampai tak dapat lindungi anak kena pukul & tak bagi ikut hantar ke hospital (sebab memang tak hantar pun).
rip neha
Quote kaedahnya 28-7-2021 03:29 PM
kesian bapak kerja jauh sebab nak sara family, family buat macam tu kat anak dia.
Quote Zirara99 28-7-2021 03:37 PM
Hanatnya perangai ummah berak tengah jalan. Naik hangin betholl aku baca berita cm ni
Quote becir 28-7-2021 03:38 PM
Teringat roommate kat asrama dulu ceta parents dia tak Kasi pakai jeans langsung..duduk kaw felda camtu tapi Bab berbf advance gila..Dari F1 dah berkapel..masuk asrama carik bf lain lak..
Quote bictoria 28-7-2021 03:39 PM
pelik nya mentality dorang
Quote uori 28-7-2021 03:43 PM
becir replied at 28-7-2021 03:38 PM
Teringat roommate kat asrama dulu ceta parents dia tak Kasi pakai jeans langsung..duduk kaw felda ca ...

sama macam kawan aku, tapi dorang ni duduk bandar jugaklah. cuma abang dia ustaz dan larang dia pakai, siap hasut mak pak larang kawan aku ni pakai. ada sekali pergi trip sekolah, kawan aku nak pinjam pakai sekali, teringin katanya. tapi bila dah tua nih, aku tengok anak2 abang dia dah ngalahkan belen dengan rempit. kena sumpahan ke apa
Quote angelawoosh 28-7-2021 04:36 PM
Di india, kalau bagi anak berkahwin, ibarat dah mencampak anak ke lubuk maut. Berapa ramai entah yg mati di tgn keluarga mertua. Depa anggap anak menantu perempuan ni mcm gundik je yg kahwin dgn anak depa utk puaskan nafsu anak jantan lahanat tu
Quote Fortiori02 28-7-2021 04:44 PM
Kat India, Pakistan ni, anggap pompuan mcm.property pun ada. Buat sesuka hati x kira apa nak jd. Langsung x de rasa hormat kat hak pompuan tu. Tu yg kes rogol byk agaknya.
Quote TabletSusu 28-7-2021 05:06 PM
kaedahnya replied at 28-7-2021 07:26 AM
mak bapak dia tak sempat nak keluarkan dia dari family toksik tu.
boleh imagine macam mana parents  ...

tu lah alasan dia x bagi mak neha ni ikut sekali
sbb dlm kepala mmg xnak bwk gi spital pun kan
mmg dah plan lah tu

Quote kaedahnya 28-7-2021 05:08 PM
TabletSusu replied at 28-7-2021 05:06 PM
tu lah alasan dia x bagi mak neha ni ikut sekali
sbb dlm kepala mmg xnak bwk gi spital pun kan
m ...

kesian neha & mak.
bapak dah kerja jauh tak boleh nak protect ka apa.
tapi neha ni kenapa la berani sangat walaupun tau family besar dia tu psiko.
Quote Mikaella 28-7-2021 05:09 PM
India = negara setan
Quote whadda 28-7-2021 05:14 PM
Memang cilaker kuarga mertua dia.. ko nak tunjuk ape sampai ko gantung mayat budak tu
Quote eyansss 28-7-2021 05:18 PM
angelawoosh replied at 28-7-2021 04:36 PM
Di india, kalau bagi anak berkahwin, ibarat dah mencampak anak ke lubuk maut. Berapa ramai entah yg  ...

dan ada je kes menantu dijadikan alat puaskan nafsu lelaki2 kat rumah tu...
Quote Plain-tif 28-7-2021 06:16 PM
Family mental
Quote becir 28-7-2021 06:44 PM
uori replied at 28-7-2021 03:43 PM
sama macam kawan aku, tapi dorang ni duduk bandar jugaklah. cuma abang dia ustaz dan larang dia pa ...

Padanla ngan muka abangnya Kan, muda2 dulu sibuk dajalkan adik..kahkah.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.038173 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top