Balkisyh sebak dan bersyukur dapat kembali mawarnai industri seni meski pernah terpalit kontroversi. Balkisyh Semundur Khan, 35, mengakui pernah hilang semangat berikutan pengalaman hidup yang mengerikan dihadapinya sebelum ini.
“Sebelum perlaksanaan (Perintah Kawalan Pergerakan) PKP, saya ada pengalaman hidup yang mengerikan. Sepanjang tempoh itu, saya melakukan beberapa kesilapan di dalam dunia industri yang membuatkan orang tidak mahu lagi mengambil saya berlakon. “Saya sendiri tak tahu mengapa dan mungkin ada berlakunya perselisihan faham. Saya akui segala kesalahan yang telah saya buat. Saya tak pernah anggap diri saya sempurna. “Pada saya perkara tersebut mungkin kecil tapi pada orang lain ia besar. Ia sekali gus memberi impak terhadap kerjaya saya. Pada masa saya juga belum bersedia untuk kembali semula ke dalam dunia industri sepanjang tempoh tersebut.
“Ada satu ketika saya sendiri reda sekiranya saya tidak akan kembali di dalam dunia seni,” katanya kepada Media Hiburan. Bagaimanapun, dia lega apabila kehidupannya banyak berubah selepas menerima tawaran untuk membintangi drama Lockdown. “Saya teruskan kehidupan dengan berniaga. Saya join orang-orang berniaga tepi jalan. Saya juga pernah meniaga air balang di Singapura. Saya happy dengan life saya," ujarnya. Dalam masa sama, dia berkata, PKP banyak mengajarnya menginsafi diri dan tidak terlalu mengikut perasaan. - CARI
|
lazim: Oh ptt la cite mokcun tu watak atul tb2 hilang gitu je
bluebutter replied at 28-7-2021 08:28 PM
Style rambut kut. Orang dah berumur elok berambut kembang sikit. Jgn ikat satu with no fringe. Ika ...
sharlenetexas replied at 28-7-2021 11:40 PM
Buat rambut kepok2 skit. Baru nmpk volume
edayildiz: dia ni dlu cntikk..xtau nape skrg biasa jer..nth la..kalau dlu dia maintain hot blh pergi jauh..aritu cite apa nth yg dia berlakon ngn adi putta..kela ...
ADVERTISEMENT