|
Temasya sukan terbesar dunia iaitu Olimpik ke-32 di Tokyo, Jepun sememangnya menarik perhatian ramai. Lebih menarik perhatian apabila kemunculan atlet bola tampar wanita dari Turki, Zehra Gunes dengan wajah manisnya.
Zehra, 22, dilahirkan di Kartal, Turki pada 7 Julai 1999 dan memiliki ketinggian 1.97 meter. Dia mula beraksi di arena sukan bola tampar pada 2011 di bawah kelab Vafifbank Istanbul dan beberapa kali bertukar kelab. Sepanjang penglibatannya di dalam sukan bola tampar, dia menerima beberapa anugerah penghargaan termasuklah Vestel Venus Sultans League pada 2017.
Antara anugerah bagi pasukan kelab pula dia telah menerima FIVB Women’s Club World Championship ‘Best Middle Blocker’ dan beberapa lagi pingat dalam perlawanan di peringkat kebangsaan.
|


edayildiz replied at 28-7-2021 06:51 PM
kalau kt sini cntik jer trus jd artis..mayb kat turki sbb mostly cecantik sbb tu kot dia ni kita tgk ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.113246 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.