CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Kluster Di Kedah, Terengganu, Kelantan Dan Pahang Akibat Balik Raya!

29-7-2021 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11867| Komen: 97

Empat kluster komuniti melibatkan aktiviti ziarah raya dan rentas negeri dikesan di tiga negeri Pantai Timur melibatkan Terengganu, Kelantan dan Pahang selain Kedah.

Kluster tersebut ialah Kluster Kampung Hujung Repek Melawi di Bachok (enam kes); Kluster Taman Puteri Pulong di Kota Bharu, Machang dan Hulu Terengganu (10 kes); Kluster Dah Kampung Pong di Padang Terap (17 kes) dan Kluster Simpang Cheneras di Lipis (16 kes).

Lampiran rumusan kluster yang disertakan dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan menyebut, kes indeks Kampung Hujung Repek Melawi mempunyai sejarah merentas negeri dari Selangor ke Kelantan pada 19 Julai lalu.


Gambar Hiasan

Menurut rumusan itu, kluster tersebut melibatkan aktiviti ziarah-menziarahi di Kampung Hujung Repek, Melawi, Bachok sempena sambutan perayaan.


“Kes indeks bagi kluster ini merupakan perempuan berumur 22 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Julai hasil saringan rentas negeri,” katanya di sini hari ini.

Kluster Taman Puteri Pulong juga melibatkan individu-individu yang menghadiri sebuah majlis sambutan perayaan dan penularan kes-kes dilaporkan berlaku di Taman Puteri Pulong, Kubang Kerian, Kota Bharu.

Bahkan kes indeks bagi kluster tersebut mempunyai sejarah merentas negeri dari Terengganu ke Kelantan pada 16 Julai

“Kes indeks merupakan lelaki berumur 36 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Julai hasil saringan individu bergejala selepas mengalami gejala sejak 11 Julai lalu,” katanya.

Seterusnya adalah Kluster Dah Kampung Pong melibatkan individu-individu yang mengadakan sebuah sambutan perayaan di Kampung Pong Utara, Kuala Nerang.

Kes indeks ialah seorang nenek berumur 60 tahun yang dilaporkan positif pada 21 Julai hasil saringan individu bergejala.

Sementara itu, Kluster Simpang Cheneras berpunca daripada penularan yang dilaporkan berlaku di Taman Cheneras Jaya, Kuala Lipis, Lipis.

“Kes indeks bagi kluster ini mempunyai sejarah merentas negeri dari Selangor ke Pahang pada  21 Julai lepas.

“Mangsa ialah seorang lelaki berumur 32 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Julai 2021 hasil saringan individu bergejala,” katanya.

Keempat-empat kluster tersebut merupakan antara 41 kluster baharu yang dikesan hari ini termasuk 16 kluster komuniti. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 28-7-2021 09:30 PM
tahniah semua!
Quote krustykrab 28-7-2021 09:36 PM
Mcm mana blh ujud kluster ziarah raya..kan ke tak dibenarkn...mohon hospital2 jgn rawat diorg ni, biar meninggal je kt rumah...degil kan
Quote shernazz 28-7-2021 09:36 PM
Welcome.to covid territory
Gitchuuu...
Quote sarah82 28-7-2021 09:45 PM
Walaupun aku sibuk kumpul dosa mengumpat kat bod gossip.

Aku masuk nak tulis KAMJADDDDDDDD & HAMJADDDDD utk hanat2 yg balik raya kedah dan naikkan kes di Kedah.

Done carutan.

Nota kaki : Mod iols sesungguhnya redha jika kena potong tacang sebab mencarut.. Iols takkan meroyan persoalan kenapa potong
Quote Skuau 28-7-2021 09:47 PM
#kerajaangagalpmletakjawatan-triplate()
Quote beloomberk 28-7-2021 10:08 PM
Ketegaq.. Org x bg balik, gigih nk balik jgk.. Kedah smp naik jdik 1k..puas ati hangpa?
Quote bakingsoda 28-7-2021 10:12 PM
cirit kobid merata, kluster komuniti ni sebenarnya tak patut wujud sbb ziarah tak dibenarkan pastu masing2 nak tutup perangai hanat kaum kerabat dan sendiri tak reti duk rumah gi tuding kat kluster tempat kerja kenapa kilang tak tutup. bongok.
Quote Fei.z 28-7-2021 10:24 PM
X cerdik sguh ye msg2 pun
Quote Nenolen 28-7-2021 10:37 PM
Mmg kurang ajar sungguh mereka2 yg tak patuh arahan pergerakan...famili pun buat diam jer...kalau tak rasa berdosa rentas negeri utk blk kg...at least kuarantin dulu diri dlm bilik kat kg tu sampai swab test negatif...ini tidak berjimba sana-sini...mmg dasar pengkhianat negara!
Quote misuke 28-7-2021 11:08 PM
Lambang kasih sayang. Korang faham apa
#donesokongklusterraya
Quote MoneyMatters 28-7-2021 11:13 PM
Kenapa family yg di kampung pon sudi je bila anak2 ke sedara mara dtg.. NK kata x fhm.. We have been living with COVID for more than a year. Degil sgt menyusahkan org
Quote iman_kasih 28-7-2021 11:19 PM
Kalau taknak kesiankan FL pun xkan la x kesian kat orang2 tersayang. Apa la reason depa bagi sampai boleh lepas kat SJR ni. Cuba share sikit..eh
Quote Cece1234 28-7-2021 11:20 PM
Bodoh dan degil..
Quote iman_kasih 28-7-2021 11:21 PM
misuke replied at 28-7-2021 11:08 PM
Lambang kasih sayang. Korang faham apa
#donesokongklusterraya

Hahaha..kan. Jangan sayang sampai mati sudah. Awas...jgn jadi pembaris.
Quote Cece1234 28-7-2021 11:22 PM
MoneyMatters replied at 28-7-2021 11:13 PM
Kenapa family yg di kampung pon sudi je bila anak2 ke sedara mara dtg.. NK kata x fhm.. We have been ...

Mungkin dorg berpegang pada konsep tetamu bawak rezeki..hihihi..
Quote AbukRokok 29-7-2021 01:20 AM
alhamdulillah kilang boleh tarik nafas lega skrg
klu x mampus hari2 kena hamun suruh tutup kilang sampai jahanam periuk nasi org
Quote I.K.A888990 29-7-2021 01:21 AM
yay majulah cobid utk malaysia
Quote AbukRokok 29-7-2021 01:21 AM
iman_kasih replied at 28-7-2021 11:19 PM
Kalau taknak kesiankan FL pun xkan la x kesian kat orang2 tersayang. Apa la reason depa bagi sampai  ...

sbb kesian la balik...dah balik KL pun helo2 kg tanya ada sapa2 mati tak? xde...ok all is well
Quote jas7512 29-7-2021 07:04 AM
Mmg lahanat siapa yg bawa kes tinggi kat tganu sdgkan baru mula nak ok..moga lahanat2 ni seme mampus kn covid...dah kata x blh blk...sibuk nak blk kg juga..mcmlah mampus klu x blk kg..mmg lahanat

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.197484 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top