CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Terkejut Beruk- Baru Nak Nikah, Muncul Wanita Lain Nak Bermadu Juga

29-7-2021 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5567| Komen: 41

Lombok: Seorang wanita pasrah apabila majlis pernikahannya turut disertai wanita lain yang mahu menjadi madunya.

Nur Khusnul Kotimah, 20, dari Dusun Batugulung, Desa Prabu, Lombok Tengah, menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir apabila suaminya meneruskan pernikahan dengan seorang lagi wanita.


Suaminya, Korik Akbar, 20, turut menikahi bekas kekasih, Yuanita Ruri, 21, dari Dusun Sade, Desa Rembitan, Lombok Tengah pada majlis sama.

Khusnul berkata, dia pasrah suaminya menikahi wanita lain kerana ketika Yuanita tahu mengenai majlis pernikahan yang bakal diadakan, dia tampil menemui Korik dan minta untuk dinikahi juga.


Kredit foto:  Agensi


"Bekas kekasih suami saya (Yuanita) tahu mengenai rancangan kami untuk bernikah melalui media sosial kerana ramai rakan-rakan mengucapkan tahniah.

"Kerana itu, dia minta untuk dijadikan isteri juga," katanya.

Khusnul berkata, kisah pernikahan ini bermula dengan proses merariq pada minggu lalu.

Merariq adalah adat yang memerlukan wanita 'diculik' oleh lelaki pilihannya yang mana proses berkenaan diketahui oleh ahli keluarga.

Perempuan yang diculik akan dibawa ke rumah keluarga lelaki.

"Beberapa minit selepas tiba di rumah Korik, seorang wanita muncul dan minta dinikahi juga," katanya.

Sementara itu, Korik mengaku sangat terkejut atas kedatangan bekas kekasihnya yang dikenali sejak 2016.

"Saya tidak menyangka dan sangat terkejut. Namun, selepas berbincang dengan keluarga, saya membuat keputusan untuk menikahi kedua-duanya.

"Mas kahwin untuk kedua-duanya juga sama iaitu 1.75 juta Rupiah (kira-kira RM510)," katanya.

Menurutnya, ketika ini dia berasa sedikit susah hati kerana masih belum mendapat pekerjaan untuk menanggung dua isteri.-CARI

Sumber: Harian Metro

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 266799eMkaY 29-7-2021 10:44 AM
Untunglah. Rezeki{:run
Quote Tinot7 29-7-2021 10:46 AM
Awat deme kawen kalau tak bersedia?

Menurutnya, ketika ini dia berasa sedikit susah hati kerana masih belum mendapat pekerjaan untuk menanggung dua isteri.-CARI
Quote Mooverine 29-7-2021 10:48 AM
LoL..
Sanggup ah ..
biarpun tak de kerja, biarpun bermadu..
asal dapat jadi bini dia
Quote ellejo 29-7-2021 10:50 AM
bodohnya la pempuan2 ni skali dgn keluarga mereka. pun sama bodoh

laki tu tak kerja! nak bagi makan apa.
Quote rosmahisham 29-7-2021 10:52 AM
Lakinye pon npk bdk2 lg ye la umur pon baru 20 thn..lg nk sara 2 binis!berani ye mak bpk derang lpskn ank kat laki budak mcm ni.
Quote ulamalu 29-7-2021 10:54 AM
Sana masih stail lama2 ya muda2 dah kahwin.  Kenapa dua2 pengantin perempuan pakai baju pengantin proper, maknanya x ada lah tergempar sgt.
Quote ellejo 29-7-2021 10:56 AM
aku rasa pempuan dua ekor ni liabiliti keluarga.
sbb tu mak bapak kawenkan juga walau laki tak keje. dah kawen tanggungjwb laki ko katanya. pedulik apa aku gituuuu
Quote HappyGumbira 29-7-2021 11:02 AM
aiyo.. kalau haku tu mau amukan di situ jua
Quote naina 29-7-2021 11:03 AM
Tapi banyak jugak duit laki ni 1.7juta rupiah sorang. Kira kaya jugaklah family Korik ni. Dalam Islam mana boleh kawen sekali gus..ayyA
Quote kyozsamurai 29-7-2021 11:09 AM
ada juga macam ni ye....haha
Quote printercomel 29-7-2021 11:35 AM
penyondol!
Quote any42 29-7-2021 11:45 AM
Muda2 smuanya. Ggih kahwin awl bmadu pulak tu. laki xkeje. good luck melayari bahtera rumahtangga
Quote hanihan16 29-7-2021 11:46 AM
Tinot7 replied at 29-7-2021 10:46 AM
Awat deme kawen kalau tak bersedia?

Menurutnya, ketika ini dia berasa sedikit susah hati kerana m ...

rezeki terpijak, pompuan serah diri nak jadik bini, 2 kali malam pengantin. mana sempat pikir pasal keje time tu
Quote Tinot7 29-7-2021 11:58 AM
hanihan16 replied at 29-7-2021 11:46 AM
rezeki terpijak, pompuan serah diri nak jadik bini, 2 kali malam pengantin. mana sempat pikir pasa ...

Kat sana mungkin kalau famili mampu kawen, terus nikah sbb nak cekup jejanz awal.. tunggu lama2, yg komeng jahh tinggal..
Quote I.K.A888990 29-7-2021 11:58 AM
fuyooo utk kau dik
bukan 1 dpt sekali 2 kau kelassss
Quote auntyonion 29-7-2021 12:10 PM
Keje pn takde, sempat lagi berbini dua {:smile taktaulah yg menikah n dinikahi tu pk pakai apa {:nose
Quote Minami2013 29-7-2021 01:10 PM
Perangai bangsa indon yg pelik2 ni senyap2 dah menyerap kat perangai org kita kat sini. Soon, ada la terkeluar berita mcm ni terjadi kat sini
Quote teen_angelJB 29-7-2021 01:37 PM
ellejo replied at 29-7-2021 10:50 AM
bodohnya la pempuan2 ni skali dgn keluarga mereka. pun sama bodoh

laki tu tak kerja! nak bagi mak ...

Kalau cerita Dari negara 'itu' jarang yg x bodoh..semua bodoh belaka..haha
Quote whadda 29-7-2021 02:07 PM
Pelik2 je indon ni

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.076570 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top