CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Nak Bersalin, Aman Graseka Buntu Duit Tak Ada

29-7-2021 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 40824| Komen: 216

Pelakon, Aman Graseka, 53, meminta penerbit dan pengarah filem berjudul 1875 menjelaskan bayaran sebanyak RM25,000 yang tertunggak sejak empat tahun lalu.

Aman yang melakonkan watak Datuk Maharaja Lela dalam filem itu berkata, dia memerlukan wang itu kerana isterinya, Nurul Amrina Zamri, 32, akan melahirkan anak kedua mereka, bulan depan.


Foto: IG

Aman yang kini menetap di kampung halaman isterinya di Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah sudah dua tahun hilang punca pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19 yang mengehadkan peluangnya untuk berlakon.

"Isteri nak bersalin. Situasi Covid-19 yang tiada kesudahan dan tiada kerja. Ia memang buat saya pening kepala. Mana lagi ikhtiar saya untuk cari duit?" katanya.


Aman atau nama sebenarnya Aman Shah Baharom Shah berkata, filem itu diterbitkan menggunakan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).


Difahamkan, filem yang menjalani penggambaran empat tahun lalu itu masih belum ditayangkan.

"Pada peringkat awal, kami menandatangani kontrak menggunakan nama syarikat lain. Namun, selepas seminggu penggambaran, pengarah ini tukar nama syarikat kepada nama lain. Jadi, dia kata tak nak bayar satu sen pun kerana kami tandatangan dengan syarikat lain.


"Malah ketika penggambaran di sebuah resort di Sungai Itik, Gopeng, Perak saya terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar sewa di lokasi," katanya.

Menurutnya, isterinya yang ketika itu menemaninya turut ditawarkan berlakon, namun turut tidak menerima sebarang bayaran.

"Isteri sepatutnya menerima bayaran RM3,000. Saya sering menghubungi penerbit itu tapi dia hanya berikan janji palsu. Katanya apabila ada duit dia pasti akan bayar.

"Akhirnya saya hilang sabar dan mempersoalkan janjinya. Dia kemudian bertindak menyekat sebarang panggilan dan mesej saya. Saya amat kecewa dengan sikapnya dan tak mahu perkara ini berlaku lagi kepada pelakon lain selepas ini," katanya.



Aman berkata, dia ada meminta bantuan daripada rakan-rakannya, tetapi dalam keadaan sekarang mereka juga berdepan kesusahan.

Dia juga ada meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), tetapi belum ada sebarang jawapan.



Aman dan Nurul Amrina turut mempunyai seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 28-7-2021 09:47 PM
bull sheet... haahahahahaha
Quote gundah37 28-7-2021 09:51 PM
pakwetizzaqyah replied at 28-7-2021 09:47 PM
bull sheet... haahahahahaha

tak baik deols tau.. hahahaha
kes dgn anak die dulu ape cer la kan..
Quote Raline 28-7-2021 09:52 PM
Quote Pixie902 28-7-2021 09:53 PM
Kesian pulak...pelakon lain pun nasib yg sama ke...tak mengadu pada seniman ramai2?  
Quote Raline 28-7-2021 09:53 PM
Quote Raline 28-7-2021 09:53 PM
Quote pakwetizzaqyah 28-7-2021 09:57 PM

caption gambau ni "I F a young PUZZ"
Quote pakwetizzaqyah 28-7-2021 09:58 PM
gundah37 replied at 28-7-2021 09:51 PM
tak baik deols tau.. hahahaha
kes dgn anak die dulu ape cer la kan..

sape tak baek?? aku kerrrrrrrrrr?
Quote TomyamPuteh 28-7-2021 10:04 PM
Darah bangsawan pun xde duit ke?
Quote earthfault 28-7-2021 10:04 PM
dia ni kan sepupu Sultan Nazrin, kerabat perak
Quote KucingBisu 28-7-2021 10:07 PM
Pastu na kene buat apee
Quote teen_angelJB 28-7-2021 10:11 PM
Kawin lagi ngn org muda..kan da Ade tanggungan baru
Quote Orix 28-7-2021 10:26 PM
Bukan kerabat juga ke dia ni
Quote dudaberhias 28-7-2021 10:34 PM
mas idayu mesti tengah mengilai sambil pusing2 tangan duit kepuk2...
Quote Pixie902 28-7-2021 10:36 PM
Bininya kejap bertudung kejap free hair...
Quote kiah_mai_pulak 28-7-2021 10:47 PM
Pixie902 replied at 28-7-2021 10:36 PM
Bininya kejap bertudung kejap free hair...

mcm ada masalah rambut je.. tgk kat pic atas tu
Quote gundah37 28-7-2021 10:48 PM
pakwetizzaqyah replied at 28-7-2021 09:58 PM
sape tak baek?? aku kerrrrrrrrrr?

hahahaha....
Quote kiah_mai_pulak 28-7-2021 10:49 PM
teen_angelJB replied at 28-7-2021 10:11 PM
Kawin lagi ngn org muda..kan da Ade tanggungan baru

biarlah.. dari dia duk buat amang seksual mcm ayah chucky tu, x memasal kena tgkap polis..  ni dpt bini muda.. beraman ngeseka je lah dgn aman mkmur
Quote Thunderclouds 28-7-2021 10:50 PM
Wife hat ni la kn gaduh ngn mami & ank dia kan? Tgh2 covid masih mgila,projek xdak, payment xdpt rajin buat ank len

Lihat semua komen(216)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.113556 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top