CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Popular Tapi Berlakon Macam Tahi,"-Rosyam Nor

29-7-2021 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9785| Komen: 67

Mereka popular macamana pun kalau berlakon macam tahi, nanti orang tak suka mereka," kata penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor mengenai kecenderungan segelintir penerbit mengambil Instafamous berlakon.


Rosyam berkata, setiap pelakon mempunyai zaman-zaman tertentu seperti dirinya yang melakar populariti menerusi media cetak.

Foto: IG

"Zaman saya zaman majalah dan surat khabar. Sekarang ini zaman Internet. Mereka dikenali sebagai sebagai influencer yang popular.

"Namun, mereka datang atas niat nak berlakon kerana minat atau sekadar dikenali untuk kejar benda lain yabg nak dibuat? Itulah sebabnya kejujuran itu penting. Untuk bawa watak utama susah sikit kerana mereka tiada pengalaman," katanya pada sidang media secara maya drama Cik Ayu Mee Sanggul hari ini.


Drama yang ditayangkan menerusi slot Megadrama Astro Ria sejak semalam turut membariskan Amelia Henderson, Aqasha, Cat Farish, Shiqin Kamal, Fimie Don dan Rosyam sendiri.



Menurutnya, dia sendiri mendengar kritikan peminat mengenai pemilihan Instafamous sebagai pelakon.

"Ada segelintir daripada mereka menimbulkan masalah kepada produksi pula di lokasi. Lebih baik kalau mereka minat berlakon, mulalah dari bawah.

"Saya nak jaga nama mereka kerana mereka dah ada populariti. Saya harap dengan kerja mereka akan jadikan mereka lebih popular, dikenali dan tersemat dalam hati.

"Banyak orang popular tapi nama mereka hanya disemat dalam pemikiran. Tiada pun orang rindu bila hilang. Saya selalu ingatkan pelakon saya agar berikan lakonan yang tinggalkan kesan," katanya.




Rosyam berkata, dia tiada masalah dengan Instafamous untu mewarnai industri seni tanah air.

"Mereka harus siap sedia dan jangan ambil kesempatan berlakon hanya untuk popular. Apabila sampai set tak boleh buat apa yang dikehendaki..

"Namun, itu pernah terjadi zaman saya juga apabila pelakon yang popular di majalah tak boleh berlakon apabila di set. Apapun semuanya rezeki masing-masing," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 29-7-2021 11:33 AM
Patut bagi diorang watak kecik2 dulu. Dah ada pengalaman dan tak kayu lagi barulah bagi watak utama pula.
Quote printercomel 29-7-2021 11:45 AM
printer lagi cringe bila tengok lakonan remy disebelah azroy movie tahun 86 tu.
Quote pakwetizzaqyah 29-7-2021 11:49 AM
rosyam poyo.. hahahahaha
Quote auntyonion 29-7-2021 11:57 AM
Tp populariti tu yg buat pemenat depa nak tgk depa..walopon kayu kayan {:smile
Quote Tinot7 29-7-2021 12:00 PM
Walopon kayu, tapi herlok, org tutup mata jahh part bakat tuh..

Quote lipans 29-7-2021 12:04 PM
teringat rosham nor berlakun gila-gila remaja. kayu...
Quote crossline 29-7-2021 12:07 PM
Bestnya tgk Rosyam Mart tu!
Meols skrg kalau layan tv cuma layan Awesome tv je. Memang tak nmpk instafemes2 kat situ.
Quote KucingBisu 29-7-2021 12:18 PM
Ala tp amelia tu pun berlakon pun tk best jgk
Quote ellyahmad_1983 29-7-2021 12:19 PM
Rengsa dengar komen senior bongkak. Tanpa mengenal umur, rupa paras dan tahap kebodohan, aku memang rengsa dengan senior bongkat 4 tingkat.

Udah udah tu membuat duit menunjuk lurah dan pek 6. Bagi lar chance budak baru nak up tunjuk lurah and 6 pek derang pulang.

AKu pun bosan tengok lurah orang sama ja. .
Quote teen_angelJB 29-7-2021 12:20 PM
Laki aku kata mmg murah rosyammart tu..
Dia mmg beli grocery kat situ sekarang
Quote Lydiawie 29-7-2021 12:25 PM
Alah..dulu2 pun kayu kayan gak si rosyam ni..
Quote virgocircus 29-7-2021 12:27 PM
Instapemes pun dpt job berlakon watak utama walau kayu kayan. Enuff said
Quote NFBZCantik 29-7-2021 12:32 PM
KucingBisu replied at 29-7-2021 12:18 PM
Ala tp amelia tu pun berlakon pun tk best jgk

setujuu. dia harap cantik je
Quote terpaling 29-7-2021 12:34 PM
takleh lupa aku seripah rose blakon mintak pendrive..
Quote Nozot 29-7-2021 12:34 PM
apa-apa lah tok danish..motif kutuk sebab nak naik rating drama ya.. aqasha kepam sangat dalam drama nie..dah boleh geng ngan syuk yahya
Quote None68 29-7-2021 12:45 PM
Saper2 mula berlakon mmg kayu pun..
Quote rayray28 29-7-2021 12:55 PM
None68 replied at 29-7-2021 12:45 PM
Saper2 mula berlakon mmg kayu pun..

kannnn dia pn sama gk zaman2 mula dulu..pejal hussien pn kayu gk dulu..
Quote cicicumel 29-7-2021 01:02 PM
ALAH..pelakon kegemaran SUHAN si Sharul Ridzwan tu kayu monoton pon sama..selalu dpt job under production atuk Rosyam
Quote sunnylicious 29-7-2021 01:03 PM
KucingBisu replied at 29-7-2021 12:18 PM
Ala tp amelia tu pun berlakon pun tk best jgk

betul aku pn rasa dia berlakon tak best

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.092387 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top