CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"B*to Kau La!"-Terlampau Marah Sampai Mk K-Clique Melucah

29-7-2021 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3826| Komen: 15

Penyanyi rap MK K-Clique memohon maaf kerana menggunakan perkataan lucah yang ditujukan kepada seorang lelaki yang bersikap biadab dengan meninggikan suara terhadap lelaki warga emas di sebuah pusat transit gelandangan, di sini, seperti yang tular, semalam.


MK, 25, atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, itu bukan caranya untuk masuk campur membabitkan isu semasa, namun sikap lelaki itu adalah keterlaluan.


Foto: IG

"Bukan cara saya mahu ikut campur hal isu semasa ini, tapi cara lelaki itu melayan orang tua itu keterlaluan. Jangan ingat apabila berjaya boleh buat sesuka hati. Pakcik itu orang tua.

"Saya dari keluarga susah dan saya nampak pakcik itu macam bapa saya. Niat sama cara itu tak kena. Saya minta maaf sebab emosi sangat. Fikiran tak betul," katanya.




Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story, MK berkata, dia menerima setiap teguran dan nasihat daripada semua.

"Ada jalan betul dan lebih baik tolong. Maafkan saya. Saya pun bodoh juga, manusia biasa marah ikut emosi. Saya minta maaf," katanya.



Selain MK, pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz serta beberapa lagi selebriti lain turut meluahkan rasa amarah sama terhadap tindakan lelaki itu.

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki juga usahawan itu dikompaun RM1,500 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka ketika berceramah kepada gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, di sini, semalam. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 29-7-2021 01:43 PM
Gigi dia pasang berlian ke? Selama ni aku ingat taik gigi
Quote teen_angelJB 29-7-2021 01:47 PM
Kaka setuju dgn ko kali ni...
Pnjg lagi kaka nk carutzz kat mamat tu..
Tapi kaka pendam
Semoga cash to him...Amin
Quote slyfynx 29-7-2021 01:49 PM
Bape byk nk bukak thread pasal komen retis untuk mende ni?
Dengan rosham la, mk la, harith iskander la
Quote mummydarling 29-7-2021 02:41 PM
mummy gersang terussss
Quote husna_amal 29-7-2021 02:50 PM
Auto jadi sabahan bila baca posting ig mk ni.
Quote pakwetizzaqyah 29-7-2021 03:08 PM
tau plak bdk sabah pkataan butuh ya... "saya lagi mmbutuhkan kamu"
Quote ketupatnasi 29-7-2021 03:12 PM
Takpe dek. Rakyat Malaysia pemaaf orangnya
Quote terpaling 29-7-2021 03:34 PM
ok jahhh selayaknya heols dicarut punn..
Quote nakkomenjugak 29-7-2021 07:07 PM
carutkan ajeeeee heols tu
Quote LadyCarefree 30-7-2021 08:24 AM
Kau pun sama maki carut orang.
Quote tobobon 30-7-2021 08:33 AM
Setiap kali baca pasal mk  ni meols mesti teringat pasal kenyataan viral (ntah betul or tidak) yg dia save nama mak dia syurga tuh
Quote dewi_rina 30-7-2021 09:34 AM
Over la dia ni, dengan gigi panjang gitu
Letak kilat pulak lagi
Ish macam-macam budak zaman sekarang
Susah pulak nak paham
Quote Cik_jantung 30-7-2021 09:37 AM
Dia join tabligh lagi tak..
Quote silampumeja 30-7-2021 11:10 AM
Im sorry i rasa mk ni kotor kepam. Walau sebergaya mana pun dia digayakan.. huhuu...
Quote _blackbird 30-7-2021 11:56 AM
Mk ni mmg kacak sgt ke. Meols selalu nampak wanita2 semua menggelibas bila dia post gambar topless di ig

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.034330 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top