CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Bagi Duit, Tapi Suruh Berlakon Jadi Monyet & Kambing Tepi Jalan

29-7-2021 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7046| Komen: 48

Gara-gara tawaran 300,000 rupiah (RM87), seorang bapa sanggup menjadi seperti monyet dalam tempoh 10 minit.

Tawaran itu dibuat oleh seorang lelaki bagi sesiapa yang melalui sebuah jalan yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya dengan tertera sekeping nota cabaran di dadanya.




Namun, tindakan pemuda itu dikecam kerana hanya bertujuan ingin memalukan orang lain dengan menawarkan wang.

Menerusi video dalam Instagram, dapat dilihat seorang lelaki yang hendak memberikan cabaran kepada individu yang ditemui di tepi jalan.

Selepas lelaki yang sudah berkahwin itu berlakon menjadi monyet, dia menerima tawaran duit yang dijanjikan.

Dalam masa sama, lelaki yang berada di tepi jalan itu menawarkan cabaran lain dengan menjanjikan tambahan 100,000 rupiah (RM30).

Lelaki itu kemudian sanggup menerima cabaran dengan berlakon menjadi kambing di tepi jalan.


Cabaran itu dihujani kutukan oleh warga maya dan masing-masing tidak bersetuju dengan tindakan itu.

“Sangat menyedihkan, tiada adab dengan ibu bapa lagi,” ulas seorang pengguna.

“Kalau hendak beri wang, berikan sahaja tanpa sebarang syarat,” kata seorang lagi warga maya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote midori_katana 29-7-2021 07:03 PM
Awatla makin pelik perangai manusia skrg?
Quote Scheherazade 29-7-2021 07:19 PM
Klu nk bantu, bg je la tanpa syarat. Ni suruh buat mcm aksi camni br bg duit, biadap namanya nih.
Quote HappyGumbira 29-7-2021 07:25 PM
demi sebuah content ke? sian yg sahut cabaran heols mesti sgt perlukan duit. heols xpeduli rasa malu dh
Quote any42 29-7-2021 07:32 PM
bt la cabaran yg bfaedah sruh kutip sampah ke. bg twaran duit tp penerima tpksa mmpbodohkn diri
Quote Ayda89 29-7-2021 07:46 PM
Youtuber buat content ke ni
Quote nowhite 29-7-2021 08:22 PM
Kesiannya..kalau org tak desperate perlukan duit xkan la dia nak berlakon jd beruk kan..kenapa la amik kesempatan atas kesusahan org lain..tolong la dgn ikhlas
Quote nakkomenjugak 29-7-2021 08:39 PM
dunia penuh dengan orang bodo, socmed menyebarkan lagi kebodohan sedia ada.
Quote pooh~key 29-7-2021 08:42 PM
Bukti duit lebih maha berkuasa dari allah ke dek?
Quote MissVixen 29-7-2021 08:43 PM
Gaji buruh berat pun tak sampai banyak tu seminggu. Mesti la dia sanggup. Kesian betul...
Quote Tinot7 29-7-2021 08:53 PM
Nape bkn dia jahh yg blakon jadi binatang?
Quote VirusDetected 29-7-2021 09:05 PM
Quote gideoncross 29-7-2021 09:25 PM
nowhite replied at 29-7-2021 08:22 PM
Kesiannya..kalau org tak desperate perlukan duit xkan la dia nak berlakon jd beruk kan..kenapa la am ...

Dan yg malangnya org cmni pun ttap akn ada fans yg snggup mnyokng, sma mcm YT-ber David Dobrik.
Quote thetimes 29-7-2021 09:39 PM
Kesian la...orang tu dah terdesak sangat sebab tu sanggup je buat.
Content sekarang makin merapu demi nak cepat viral
Quote dua_chzy 29-7-2021 09:48 PM
Sinetron Ndon je ni.
Quote notyghosty 29-7-2021 09:51 PM
kesiannya... ni batak likers ke ape ni? sanggup buat org mcm tu... aiiihhh
Quote GummyBear123 29-7-2021 10:23 PM
sejenis carl samsudin ke??
Quote nowhite 30-7-2021 12:33 AM
gideoncross replied at 29-7-2021 09:25 PM
Dan yg malangnya org cmni pun ttap akn ada fans yg snggup mnyokng, sma mcm YT-ber David Dobrik.

Byk youtuber suka buat content merepek macam ni sbb tu iols suka layan youtube masak2 ja
Quote Cumikucingku 30-7-2021 12:37 AM
nasib baik dia xsuruh jd khinzir..
Quote MoneyMatters 30-7-2021 12:44 AM
Jahat nyaaa... Sayu sgt hati I dgr org tu surely desperately need the money smpi buat gitu..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.045303 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top