Selepas 17 tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Puan Sri Tiada Jacquelina kini tampil dalam drama siri Keluarga Baha Don musim ketiga.
Pertama kali membintangi drama komedi, Tiara yang juga seorang penerbit berkata dia berasa teruja kerana diberi peluang untuk memegang watak jahat dan kejam. "Ini kali pertama saya berlakon dalam genre 'dark comedy'... itu yang membuatkan saya teruja untuk mencuba sebab saya rasa komedi merupakan genre yang paling mencabar untuk seorang pelakon. "Saya jarang sekali diberi peluang untuk berlakon watak jahat dan watak ini agak kejam serta ganas. Padahal saya ini seorang yang penakut... tak boleh tengok darah.
"Jadi ia sangat pelik untuk saya tapi saya tetap berusaha untuk kelihatan kejam sebaik yang mungkin. Bagi saya, tak ada lagi drama yang seronok macam Keluaga Baha Don," katanya kepada mStar.
|
dudaberhias replied at 30-7-2021 02:07 PM
berlakon juga ya dia akhirnya? sebelum ni teater je ...
kira dah naik pangkat nenek gunung ledang ...
dudaberhias replied at 30-7-2021 02:07 PM
berlakon juga ya dia akhirnya? sebelum ni teater je ...
kira dah naik pangkat nenek gunung ledang ...
azirahs007 replied at 30-7-2021 03:15 PM
Aku ingat aku sorang je rasa dia tak sesuai jadi puteri gunung ledang. Tapi kalau banding dgn aku. ...
ADVERTISEMENT