CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amar Baharin Tawar Diri Jadi Penerima Pertama Suntikan Vaksin Ketiga Sinovac

30-7-2021 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10249| Komen: 53

Pelakon, Amar Baharin tampil menawarkan dirinya kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, untuk menjadi penerima pertama suntikan vaksin ketiga Sinovac.


Suami kepada aktres Amyra Rosli menjelaskan hasratnya di Instagram yang turut berkongsi artikel tentang kajian kelebihan suntikan vaksin ketiga.


Foto: IG


“Selepas enam ke lapan bulan daripasa dos kedua, izinkan saya menjadi penerima pertama untuk mencuba suntikan dos penggalak (booster) ini ya KJ. Dengan izin Allah kalau diberi kesihatan yang baik,” katanya.

Hasil perkongsian bapa kepada sepasang cahaya mata itu, dia dihujani dengan pelbagai komen pertanyaan selain dibanjiri respons positif.


Pada masa sama pelakon berusia 36 tahun itu menerima pertanyaan “Kita ini jadi bahan uji kaji ke? Pelik betul,” komen pengguna di IG.



Jelas Amar susulan pertanyaan itu dan soalan berkaitan lain, dia perlu mendapatkan suntikan vaksin ketiga tersebut kerana dia mempunyai anak-anak kecil yang dikhuatiri kebarangkalian jika terdedah pada wabak itu.

“Anak-anak saya masih belum ada vaksin yang sesuai. Jadi saya tidak mahu jadi penyebab atau pembawa virus pada keluarga. Insya-Allah saya usaha yang terbaik.



“Di Malaysia tidak pasti lagi jika hanya penerima Sinovac saja perlu suntikan dos ketiga. Belum ada pengesahan, saya baca global info sebab sudah ambil Sinovac. Jangan salah faham rakyat Malaysia, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan,” jelasnya.

Pertengahan Jun lalu, Khairy berkata, kerajaan sedang mengkaji keberkesanan vaksin terhadap kes Covid-19 yang melibatkan varian Delta dan keperluan untuk suntikan ketiga vaksin. -CARI

Sumber: Utusan Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 30-7-2021 03:58 PM
silakan kalau ko nak
Quote Ieqa140388 30-7-2021 03:58 PM
Huhu.. iolss baru cucuk sinovac td.. hrp cepatla berhenti penularan covid ni
Quote Illayana 30-7-2021 04:22 PM
Daku tak kisah berapa dos nk kena cucuk, janji free dan kehidupan kembali normal, semua blh kluar mencari rezeki, anak2 blh p sekolah dgn rs selamat, boleh kuar shopping2 kopi2, boleh rentas negeri lepas ni.

Ah gituh besarnya harapan daku.
Quote mamajawie 30-7-2021 04:26 PM
nak jadi tikus makmal plak ke hamster kemam?
Quote 266799eMkaY 30-7-2021 04:31 PM
Ikut ko ler bro. Yg aq kisahkan skrg ni bila boleh back to normal semula.
Quote cha-cha 30-7-2021 04:35 PM
Illayana replied at 30-7-2021 08:22 AM
Daku tak kisah berapa dos nk kena cucuk, janji free dan kehidupan kembali normal, semua blh kluar me ...

Rindu kan nak shopping, coffeetime dengan besties?? I rindu bawak mak & anak2 buah jalan2 holiday, makan2, gi themepark, mandi laut uuwaaaaa
Quote kakakpositifker 30-7-2021 04:39 PM
dia ni mcm attention seeker je. ke akak hati busuk? minta maaf bertanya
Quote Illayana 30-7-2021 04:39 PM
cha-cha replied at 30-7-2021 04:35 PM
Rindu kan nak shopping, coffeetime dengan besties?? I rindu bawak mak & anak2 buah jalan2 holiday, ...

Itulerr...

Ni harapan kebanyakkan* manusia dimuka bumi inih. Kami ingin bebas. Hehehe...

*Tak boleh buh semua takut overclaim takdak bukti
Quote Jemahjemah1988 30-7-2021 04:41 PM
Bagus juga.. Sanggup berkorban diri. Moga dipermudahkan
Quote cha-cha 30-7-2021 04:43 PM
Illayana replied at 30-7-2021 08:39 AM
Itulerr...

Ni harapan kebanyakkan* manusia dimuka bumi inih. Kami ingin bebas. Hehehe...

Amboiii disclaimer hahahahaah
Takpe, yang tak nak bebas, duk rumah diam2, so takdelah sesak kat mall nanti kami nak pi cikcur window shopping
Quote Kakalongmu 30-7-2021 04:46 PM
Kaka tak kesah apa jenis Vaksin. Yang penting boleh menghindarkan diri dari virus pandemic ni. Rindu suasana dulu. Dah 2 tahun dah Malaysia tak bebas lagi.
Quote diss69 30-7-2021 04:47 PM
2nd dose sinovac 3hb8 nnti....kalau keberkesanannya akn mengurang selepas 6,8 bulan..akk redha cucuk dose ketiga..
Quote rosannazmia 30-7-2021 05:23 PM
cha-cha replied at 30-7-2021 04:35 PM
Rindu kan nak shopping, coffeetime dengan besties?? I rindu bawak mak & anak2 buah jalan2 holiday, ...

Anak bongsu aiols unur 4 thn , lahir2 ddk dlm inkubater sebulan lebih, another 6 months kuarantine dlm umah , dah umur setahun lebih abah dia pindah( dah kami anak beranak patah kaki x dpt gi mana2) .umur dia dua thn awal thn 2020 kena penyakit kuku mulut tu kuarantine lagi.. smbg dgn kuarantine kovid smp skrg… sudahnya tgk pantai dlm tv jer.. paling2 tgk aquarium abah dia.. stiap kali kluar teruja nak g jalan abah dia mampu bwk ke mcd jer la ulang alik.. kesian anak aiols yg bongsu tu.. kwn baik dia kakak dia jela dah la kakak dia tu remaja dah.. nasib ler kakak nya melayan sungguh ngn adik bongsu tu…
Quote cha-cha 30-7-2021 05:48 PM
rosannazmia replied at 30-7-2021 09:23 AM
Anak bongsu aiols unur 4 thn , lahir2 ddk dlm inkubater sebulan lebih, another 6 months kuarantine ...

Betul kaka, iols paling kesian ke budak2 time covid ni, terbantut semua. Tengok padang, playground kosong. Sedih sangat. Sorang anak buah i gi jumpa psychiatrist hari tu, dia jadi stress and tertekan sangat dgn online studies and jadi sgt paranoid dengan keadaan sekarang, kami takut melarat so bawak dia jumpa pakar. So bila iols tengok parents bawak anak2 pusing2 dalam kereta, pergi drivethrough iols tak kecam pun, makin sedih lagi ada. Semoga semua anak2 dapat kebebasan theyols tak lama lagi.. dan semoga anak2 sis sihat sentiasa dan nanti sis boleh bawak dorang jalan2 pusing dunia!   
Quote coolpsyrie 30-7-2021 05:53 PM
walau apapun  vaksin masih belum dpt approved FDA.... try and error
Quote AbukRokok 30-7-2021 05:55 PM
qalhamdulillah..yg 1st biasanya ok
yg last tu.... faham2 jelah insignificant
Quote LadyCarefree 30-7-2021 05:56 PM
iols kenot brain how dia ni boleh jd retis. Hero pulak tu. LOLLL
Quote Ayda89 30-7-2021 05:57 PM
Klu betul kena,Harap dos ketiga effect dia buat i makin cantik ahahah
Quote Shayang 30-7-2021 06:19 PM
cha-cha replied at 30-7-2021 04:35 PM
Rindu kan nak shopping, coffeetime dengan besties?? I rindu bawak mak & anak2 buah jalan2 holiday, ...

Sedih kan tadi aku baru je throwback gambar2 lama masa bawak anak2 g sana sini.
Sedih siot bila la semua ni nak berakhir adoi

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.053441 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top