Kuala Langat: Polis mengesahkan lelaki yang ditemukan terbaring di tepi Jalan 3 Tepi Laut, Pekan Tanjung Sepat di sini, Rabu lalu, meninggal dunia akibat Covid-19. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan itu oleh orang awam pada 5 petang hari kejadian.
"Anggota kemudian menghubungi pegawai kecemasan Klinik Kesihatan Tanjung Sepat untuk bantuan ambulans ke lokasi kejadian dan sebaik pasukan itu tiba, pemeriksaan mengesahkan lelaki tempatan berumur 53 tahun terbabit sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini. Ahmad Ridhwan berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Banting untuk prosedur lanjut, sebelum mengesahkan kematian akibat Covid-19.
Terdahulu, video berdurasi 19 saat tular di laman sosial menunjukkan pasukan perubatan melakukan pemeriksaan terhadap lelaki berkenaan yang terbaring di tepi jalan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
abbyhoney replied at 1-8-2021 05:22 PM
yg tak percaya tu selalu kan pertikaikan, mana ada org tergolek tiba2 mcm kt wuhan tu, tak ada pun s ...
ninja9 replied at 1-8-2021 03:34 PM
kejadian yang kita lihat berlaku di luar negara dah ada ditempat kita sekarang... mari sama-sama ber ...
ADVERTISEMENT