CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amylea Angkat Bendera Putih, Rayu Bantuan Untuk Kos Rawatan Bapa

1-8-2021 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13774| Komen: 79

Menolak statusnya sebagai seorang selebriti, penyanyi Amylea akhirnya terpaksa merayu kepada orang ramai untuk memberi sumbangan derma kilat bagi tujuan pembiayaan kos rawatan bapanya, Azizan Zainal Abidin, 62, yang menghidap penyakit jantung.


Kata Amylea, dia terpaksa menepis rasa malu meminta bantuan kewangan daripada orang ramai demi untuk melihat bapanya sembuh seperti sediakala.


Foto: IG

“Saya betul-betul terdesak. Bukan sebab tidak mahu hantar ayah ke hospital kerajaan, tapi sebab hospital kerajaan sudah penuh dengan pesakit Covid-19. Jadi ayah terpaksa dimasukkan ke hospital swasta.

“Ketika pandemik, saya dan adik-beradik yang lain tidak dapat keluar bekerja. Bapa saya pula tiada insurans,” katanya.


Ujar pelantun lagu Kendati itu lagi, dia bersyukur kerana menerima banyak bantuan daripada pelbagai pihak yang tampil menghulurkan pertolongan kepadanya.

Kata pemenang tempat ketiga program realiti, Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu, bapanya kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada petang semalam (Jumaat).


Foto: IG

“Kami sekeluarga buntu selepas dua hospital kerajaan iaitu Hospital Ampang dan Hospital Serdang menolak untuk menerima pesakit selain daripada pesakit Covid-19

“Memang sebelum ini ayah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, tapi mereka akhirnya terpaksa menolak untuk melakukan rawatan ke atas bapa nak menyarankan kami supaya menghantarnya ke hospital swasta,” ujarnya.

Terdahulu, Amylea terpaksa mengambil pendekatan memohon sumbangan derma kilat menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Amylea berkata dia memerlukan bantuan untuk membayar deposit rawatan bapanya di IJN selepas semua hospital kerajaan menolak pesakit lain susulan peningkatan kes Covid-19.



“Adik ipar saya yang sebarkan mesej bantuan derma kilat itu menerusi WhatsApp kumpulan kejiranan kami. Daripada situ kami dapat mengumpul sebanyak RM3,000 yang digunakan untuk membayar deposit di IJN.

“Saya juga terima banyak mesej dalam Instagram (DM) daripada peminat dan rakan-rakan artis yang turut sama memberikan sumbangan. Terima kasih pada semua,” ujarnya.

Ujar penyanyi itu lagi, walaupun dia tidak dapat melawat bapanya, dia tetap boleh berkomunikasi dengan lelaki itu menerusi panggilan video.

“Kalau tidak larat, dia akan meminta bantuan jururawat untuk menghubungi kami,” jelasnya.



Kempen ‘bendera putih’ yang tular sejak bulan lalu merupakan kaedah yang digunakan oleh masyarakat untuk ‘bersuara’ jika ingin meminta bantuan atau sumbangan selepas terjejas akibat pandemik Covid-19.

Untuk rekod, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida pernah dikritik kerana mempertikaikan kempen bendera putih kerana berpendapat terdapat golongan yang malas untuk berusaha untuk mengubah taraf ekonomi sendiri.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 1-8-2021 04:17 PM
Syafakallah utk ayah Amylea.

Bila parents sakit jantung,sebagai anak, tiap hari hidup rasa dalam ketakutan..  
Quote BlousePutih 1-8-2021 04:31 PM
Baiknya anak
Semoga cukup dana dikumpulkan
Quote Ieqa140388 1-8-2021 04:37 PM
Baru taw pentingnya insurance.  Bende kedepan kite xjangka
Quote harkktuih 1-8-2021 04:40 PM
Eh jap.. Bukan ke spital kerajaan akan bg refer letter bg kes bukan covid utk ke spital swasta.. Tapi rawatan still ditanggung kerajaan?
Quote melinda_kerr 1-8-2021 04:42 PM
Kesiannya… i ada baca yg hospital serdang cover sepenuhnya kes covid. Mcmana kes2 kritikal jantung kt hospital tu ya.. sama mcm kes bapa Amy ni ke..
Quote otai_g 1-8-2021 04:45 PM
harkktuih replied at 1-8-2021 04:40 PM
Eh jap.. Bukan ke spital kerajaan akan bg refer letter bg kes bukan covid utk ke spital swasta.. Tap ...

Bnyk plk duit kerajaan nak tanggung bil hospital swasta tu. Bil swasta jgn buat main. X de sakit jantung pun blh sakit jantung bila tgk bil.
Quote NEmma 1-8-2021 04:58 PM
Kes Amylea ni, dia kan compose byk lagu.. Mana2 lagu yg hits tu royalty dapat setahun sekali je ke? Sorry i x tau sgt bab royalti ni..

Kesian jugak dekat penyanyi yg sumber rezeki bergantung 100% pada show je. Simpanan makin lama makin susut. Mana yg x menyimpan langsung lagi azab.
Quote Skuau 1-8-2021 05:00 PM
otai_g replied at 1-8-2021 04:45 PM
Bnyk plk duit kerajaan nak tanggung bil hospital swasta tu. Bil swasta jgn buat main. X de sakit j ...

nk buek canna dh 'hidup dan mati tu satu perniagaan'...bg segelintir orng.
Quote Shayang 1-8-2021 05:03 PM
harkktuih replied at 1-8-2021 04:40 PM
Eh jap.. Bukan ke spital kerajaan akan bg refer letter bg kes bukan covid utk ke spital swasta.. Tap ...

Tak silap kalau dah memang ada kat hospital tu yg dipindahkan tu.


Sebab ramai je yg pi sepital gomen malam2 pun disuruh g swasta.
Nak bagitau yaa terutama yg duk selangor/kl ni korang jaga la diri bebaik.
Ramai cakap nak dapat ambulance pun payah weh la ni, bukan gomen ja swasta pun sama.
Quote Tinot7 1-8-2021 05:07 PM
Swmoga dipermudahkan urusan. Harap2 dapat bantuan yang diperlukan.
Quote kelapaparut 1-8-2021 05:13 PM
artis2 skrg ramai yg susah, lg teruk dr krisis economy 1998 dulu, ni da dkt 2 thn xleh buat psembahan, blakon, bjoget..industri seni totally collapsed
Quote Ayda89 1-8-2021 05:17 PM
Semoga diberi kesembuhan utk ayah amylea. Sedih la bab mak ayah kita ni lagi2 kalau sakit
Quote umbut 1-8-2021 05:30 PM
Zaman krisis ekonomi 98 dulu cam x terasa apa2.. Rasa cam biasa je.. Yg covid ni.. Fuhhh
Quote tunangku 1-8-2021 05:32 PM
NEmma replied at 1-8-2021 04:58 PM
Kes Amylea ni, dia kan compose byk lagu.. Mana2 lagu yg hits tu royalty dapat setahun sekali je ke?  ...

mcm ada isu duit royalti kena songlap
kesian jugak kat komposer
Quote Addrianna 1-8-2021 05:53 PM
Kesianya semoga ramai yg menderma.memang sekarang ni bukan saja artis orang biasa lagi banyak terkesan.semoga ayahnya cepat sembuh
Quote imanjannah 1-8-2021 06:05 PM
moga dpermudahkn ye utk Amylia sekluarga
Quote Taniajingga 1-8-2021 06:10 PM
Ieqa140388 replied at 1-8-2021 04:37 PM
Baru taw pentingnya insurance.  Bende kedepan kite xjangka

Yup penting beb..kita taktahu apa nasib Kita Kan..
Quote Taniajingga 1-8-2021 06:11 PM
otai_g replied at 1-8-2021 04:45 PM
Bnyk plk duit kerajaan nak tanggung bil hospital swasta tu. Bil swasta jgn buat main. X de sakit j ...

Rawat sakit biasa pun boleh sakit jantung tngok bil. Inikan dah memang ayahnye sakit jantung..kesian amy
Quote izztmhmd 1-8-2021 06:11 PM
NEmma replied at 1-8-2021 04:58 PM
Kes Amylea ni, dia kan compose byk lagu.. Mana2 lagu yg hits tu royalty dapat setahun sekali je ke?  ...

Tak bnyak sgt kot sbb lgu2 dia bukanlah tahap super hits pon. Dgn 2 tahun tak kerja ni i rasa kalau duk korek2 simpanan tu blh habis jgk tu.

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.045179 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top