CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Sakit Puan Guna Sperma Sendiri Hamilkan Beratus Wanita

1-8-2021 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4188| Komen: 29

OTTAWA, KANADA – Seorang pakar sakit puan sebuah klinik kesuburan di Kanada  bersetuju  membayar  saman berjumlah AS$10 juta (RM42.2 juta) kerana menggunakan sperma yang salah termasuk miliknya sendiri terhadap sekurang-kurangnya 100 pesakit wanita, lapor laman berita United Press International semalam.


Norman Barwin mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut tetapi  memilih untuk membayar tuntutan gantirugi seperti yang dinyatakan  oleh sebuah firma guaman yang mewakili sebilangan pelanggannya.

“Barwin menafikan dan akan terus menafikan kesemua dakwaan plaintif,” kata laporan kes sebanyak 74 muka surat itu.

Menurut perjanjian penyelesaian yang dicapai, Barwin memilih untuk menyelesaikan tuntutan tersebut bagi mengelak dirinya daripada terus membelanjakan lebih banyak wang untuk perbicaraan kes itu.


Foto: CTV News


Tuntutan  mahkamah kes itu dikemukakan pada tahun 2016 oleh keluarga Dixon yang menuduh Barwin melakukan inseminasi buatan terhadap Davina Dixon menggunakan sperma miliknya dan bukannya sperma suami wanita itu, Daniel Dixon.

Ia adalah susulan  hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada tahun 2016 yang mendapati Daniel bukan bapa kandung kepada anak perempuan pasangan tersebut, Rebecca Dixon.

Sejak tuntutan itu dikemukakan, lebih ramai  pesakit Barwin tampil mengemukakan tuduhan serupa.

Daripada kesemua pesakit yang terlibat dalam tuntutan tersebut, 17 daripada anak yang terhasil itu merupakan anak kandung Barwin, manakala 83 lagi tidak diketahui identiti bapa kandung masing-masing.

Menurut laporan, wang penyelesaian berjumlah AS$10 juta (RM42.2 juta) itu akan dibahagikan kepada semua keluarga yang terlibat dalam tuntutan itu.

Ia turut melibatkan beberapa pesakit yang memberikan air mani mereka kepada Barwin, yang kemudiannya digunakan dalam proses inseminasi buatan terhadap pesakit lain. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Olumis 1-8-2021 04:22 PM
Jijiknya dgn orang macam ni
Quote Olumis 1-8-2021 04:23 PM
Jijikla dengan orang macam ni
Quote anakmak 1-8-2021 04:43 PM
Wowwwwwww
Dermawan sungguh
Quote Decaffeinated 1-8-2021 04:48 PM
mungkin sperma2 lain yang didermakan kurang berkualiti

Semoga anak2 dermaan tersebut mewarisi kecerdikan bapanya

Quote angelofish 1-8-2021 05:07 PM
muka buruk.patut orang marah
Quote Ayda89 1-8-2021 05:13 PM
Decaffeinated replied at 1-8-2021 04:48 PM
mungkin sperma2 lain yang didermakan kurang berkualiti

Semoga anak2 dermaan tersebut mewarisi kec ...

I pernah baca kalau gen kecerdikan ni dapat dari ibu bukan dari gen bapak. Kalau betul, anak2 dia dpt rupa jela kot
Quote Ayda89 1-8-2021 05:15 PM
Boleh mintak nafkah anak tak kalau macamtu. Kesian semua bapak2 mangsa, igt ank dari benih sendiri rupanya dari jantan lain
Quote bangcak 1-8-2021 05:18 PM
akhirnya semua 'anak doktor' .
Quote daria80 1-8-2021 05:27 PM
Dah kenapa doktor sampai 17 anak tu. Ini memang saja nak derma sperma.
Quote Taniajingga 1-8-2021 05:40 PM
Untunglah dapat jadi anak doktor semuaa
Quote Taniajingga 1-8-2021 05:42 PM
Dah beranak pinak baru tau tu bukan benih diaorg.. gilerr
Quote lurve82 1-8-2021 05:42 PM
Dah knp camtu? Giler agaknya doc ni…
Quote MoneyMatters 1-8-2021 05:42 PM
Aduh. Gigih pula doktor ni simpan semua sperm dia dan guna pula kat patient hmmm yihhh
Quote Jemahjemah1988 1-8-2021 06:54 PM
Geli lah.. Yakin jer genetic dia bagus sampai semua wanita nak kena guna sperm dia..
Quote edayildiz 1-8-2021 07:03 PM
xhensem..kalau perangai gini takde kaitan ngn mental ke ?
teringat cite thai..laki tu gayah..pastu ayah dia nk cucu..pastu dia upah bff dia jd surrogate mother
Quote belilies 1-8-2021 07:06 PM
Ewww. Kalo anak2 tu dah besar nanti tak ke ada high probability utk terkahwen sesama sendiri
Quote notyghosty 1-8-2021 07:32 PM
17 org dah anak dia... senang btul dia, x yah mmbela... org lain tolong 'jaga' anak dia huhuhu
Quote febreze 1-8-2021 07:32 PM
semoga anak2 menjadi cerdikk..tp kesian kat suami pompuan tu
Quote clarizsa 1-8-2021 07:35 PM
Tak elok perangai mcm ni
Kesian suami kpd wanita2 yg jd mangsa cmtu

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.070615 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top