CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Biarkan Anak 12 Tahun Dirogol Sampai Hamil

1-8-2021 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6261| Komen: 53

 Seorang ibu ditahan selepas membiarkan anaknya berusia 12 tahun diperkosa lelaki lebih dewasa di Oklahoma, baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, Desiree Castaneda mengetahui hubungan antara anaknya itu dan Juan Miranda-Jara. 24, sehingga kanak-kanak itu melahirkan bayi.


Ibu berusia 33 tahun itu juga menganjurkan majlis meraikan anaknya yang bakal bergelar ibu (baby shower).

Majlis itu turut dihadiri mangsa dan lelaki berkenaan.


Desiree, Foto: Tulsa PD

Tindakan Castaneda terbongkar selepas anak dan teman lelakinya pergi ke hospital ketika kanak-kanak itu mahu melahirkan bayi.

Kakitangan hospital yang menyedari sesuatu tidak kena menghubungi polis sebelum menahan lelaki berkenaan.


Selain itu, ia menimbulkan pertanyaan dalam kalangan masyarakat mengenai keberadaan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

"Ketika tiba di hospital, kanak-kanak itu dan teman lelakinya kelihatan seperti pasangan lain yang amat teruja menantikan kelahiran bayi," kata polis.

Media tempatan melaporkan polis menyoal siasat Miranda-Jara dan lelaki itu mengakui menjalin hubungan dengan kanak-kanak itu sejak Oktober 2020.

Susulan itu, Miranda-Jara ditahan dan didakwa melakukan kesalahan rogol tahap pertama terhadap mangsa di bawah umur.

Dua minggu kemudian, Castaneda ditahan atas tuduhan melakukan pengabaian kanak-kanak.

Mengikut undang-undang Oklahoma, cukup umur (age of consent) adalah 16 tahun. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Olumis 1-8-2021 04:25 PM
Tengok kening pun tau punk
Quote AnnaSendin 1-8-2021 04:27 PM
Bukan sahaja fail membesarkan anak, malah fail juga melukis kening. Itu apa noks? Macam kepak burung sedang berterbangan keningnya.
Quote anakmak 1-8-2021 04:29 PM
AnnaSendin replied at 1-8-2021 04:27 PM
Bukan sahaja fail membesarkan anak, malah fail juga melukis kening. Itu apa noks? Macam kepak burung ...

Hahahahaha ni klakar
Quote BlousePutih 1-8-2021 04:30 PM
Edited by BlousePutih at 1-8-2021 04:39 PM
AnnaSendin: Bukan sahaja fail membesarkan anak, malah fail juga melukis kening. Itu apa noks? Macam kepak burung sedang berterbangan keningnya.


Penat dia lukis you!

Quote AnnaSendin 1-8-2021 04:35 PM
BlousePutih replied at 1-8-2021 04:30 PM
Penat dia lukis you!{:stress

Harap dia belajar lukis kening masa, dalam jail nanti.
Quote BlousePutih 1-8-2021 04:38 PM
AnnaSendin replied at 1-8-2021 04:35 PM
Harap dia belajar lukis kening masa, dalam jail nanti.

Lol! Kalau masih sama lukisannya mesti u kecewa!
Quote AnnaSendin 1-8-2021 04:41 PM
BlousePutih replied at 1-8-2021 04:38 PM
Lol! Kalau masih sama lukisannya mesti u kecewa!

Good luck je iols berikan. Semoga tenang di jail sana.
Quote Decaffeinated 1-8-2021 04:41 PM
Mana muka mangsa. mesti dah macam mak2

Quote harkktuih 1-8-2021 04:42 PM
Kening dia mcm kepak burung kita dok lukis dlm kelas lukisan zaman skola rendah
Quote sukacactus 1-8-2021 04:42 PM
Semoga lps ni kena tangkap dgn fashion police ats kesalahan kening yg meliar xtau nak ke mana tu
Quote sarah82 1-8-2021 04:44 PM
Krning dia.. Pelik
Quote Ayda89 1-8-2021 05:09 PM
Sporting ke giler mak dia ni
Quote bellaamsar 1-8-2021 05:09 PM
Kening sinchan lg lawa
Quote mistified 1-8-2021 05:10 PM
Lawak la aku baca komen psl kening dia. Hahahaha..
Tp gila la boleh dia biarkan anak dia di groom. Mmg fail sbg ibu.
Quote Aikiko 1-8-2021 05:25 PM


Pasal kening

Tolonglah sape2 nak jadi parent tolonglah jadi orang dulu....kalau rasa dah bole org jd maksudnya bolehla jd mak kpd orang
Quote any42 1-8-2021 05:32 PM
tetamu yg dtg mjlis baby shower tu pun sama gila dgn mak bdk ni
Quote umbut 1-8-2021 05:33 PM
Muka buruk seiring ngan perangai.. Hanattt
Quote sekngucing 1-8-2021 05:34 PM
Dlm.tiktok bnyak.content letak baby/toddler pompuan umur 2-4 tahun dok beraksi comel

Rata rata kotmen jantan melayu dlm tu

Inilah jodohku

Ya tuhan jodohku masih kecil

Hi bakal mertua jaga elok2 bakal isteri saya ya

Aku.dok.kutuk.habis habisdan tp.depa.kata aku tak.rilek...depa.kata nak gurau pun tak boleh
Quote MoneyMatters 1-8-2021 05:40 PM
Omg ada juga ke jenis mak mcmni. So sick

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.172050 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top