Seorang bapa yang tidak mempunyai wang untuk membeli susu anaknya terpaksa ‘mengorbankan’ kasut kesayangan miliknya untuk ditukar dengan susu formula, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Menerusi satu hantaran yang tular di Facebook, lelaki bernama Ari itu menawarkan sepasang kasut miliknya kepada mana-mana individu yang boleh memberikannya susu formula. “Mohon maaf, saya bukan menjual tetapi mencari barang pertukaran. Sekiranya ada yang berminat dengan kasut kulit jenama Draxvil bersaiz 41, saya mohon untuk ditukar dengan susu formula Dancow 1+ pek 1 kilogram. “Maaf, jangan tanya harga kerana saya tidak menjual. Jika ada yang berminat, mohon ditukar dengan susu Dancow sahaja,” tulisnya pada satu hantaran di Facebook.
Sebaik mendapat tahu mengenai hantaran tersebut, Ketua Polis Solo, Ade Safri Simannuntak bertindak membelikan susu formula itu kepada Ari yang dihantarkan oleh anggotanya ke rumah lelaki berkenaan. Ketika bantuan diserahkan, seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang dipercayai anak Ari dilihat sedang berdiri sambil menangis. “Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan ini,” kata Ari. -CARI Sumber: Kosmo
|
margo20 replied at 1-8-2021 05:14 PM
Aduh kesiannya baca
Anak aku minum susu pun kadang kadang tak habis
Geram nengoknye
notyghosty replied at 1-8-2021 07:30 PM
budak2 klu nangis sbb lapar, mmg emosi kita...cepat lah berlalu pandemik ni
ADVERTISEMENT