Menghitung hari bergelar seorang ibu, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang kini sarat hamil tujuh bulan sedang menikmati pengalaman untuk bergelar biarpun adakalanya begitu mencabar.
Memasuki trimester terakhir yang berbaki sekitar dua bulan lagi, antara yang sedang dirasai Ayda, 29, kini adalah pedih ulu hati hampir setiap malam sehingga muntah-muntah. Bahkah pelantun lagu Parah itu berkata, dia turut mengalami kesukaran sukar tidur malam selain perut atau bayi dalam kandungannya sering mengeras. “Tidur duduk, sakit pinggang tak payah cakaplah kan. Tapi saya menikmati perjalanan ini. Syukur. Tapi tolong saya. Ada apa-apa tips untuk saya yang selalu pedih ulu hati terutama pada waktu malam wahai ibu-ibu sekalian?” ujarnya.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat Ayda berkongsi tips antaranya mengamalkan pengambilan bijirin oat yang berupaya menyerap gas asid dalam perut.
|
makadek replied at 2-8-2021 11:20 AM
Camne nk membiak sampai 13 budak camni 1st anak dh serender.
newyork replied at 2-8-2021 12:37 PM
Org kata kalau pedih ulu hati baby banyak rambut/bulu… ahahahah
midori_katana replied at 2-8-2021 11:28 AM
kalau tak der masalah kenapa pilih czer? kalau mmg disarankan doktor tu lain cerita...
Nana_Man replied at 2-8-2021 12:22 PM
Kata nk smpi 13 anak... kalau czer, smpi 45 tahun pun lum tentu tercapai 10 anak..
aku rasa ada yg ...
NazRysha replied at 2-8-2021 11:38 AM
takut poen koyak ke tu
ADVERTISEMENT