Episod terkini rancangan sensasi Melodi yang bersiaran buat kali pertama menampilkan kemunculan aktres Nabila Huda memulakan tugasnya selaku hos baharu.
Nabila atau mesra disapa Abil, 37, tampil mengendalikan program berkenaan yang bersiaran secara maya tepat pukul 12.30 tengah hari. Bukan sekadar persembahan pengacaraan terbaik yang dilakukan Nabila, malah pelakon itu turut memberikan usaha lebih terhadap penampilannya dengan menggunakan perkhidmatan pasukan sendiri terdiri daripada jurusolek dan jurugaya terkenal. Di sebalik keterujaannya mengacara program tersebut, Nabila memohon maaf andai terdapat sebarang kekurangan ketika kemunculan perdananya sebentar tadi.
“Terima kasih semua kerana menonton @meloditv3! Kalau ada tersasul, minta maaf ya. Bagi peluang lah, baru episod pertama. “Kita tunggu dan lihat roh apa yang masuk dalam badan ‘she’ (gelaran untuk dirinya) minggu depan,” selorohnya.
|
ADVERTISEMENT