|
Gemar mencipta lagu kampung atau 'leman', penyanyi dan komposer Harry Khalifah mengakui tidak pernah terasa hati apabila menerima kritikan negatif yang mempertikaikan genre itu.
Biarpun digelar penyanyi lagu kampung, Harry atau nama sebenarnya Ahmad Sairi Haslan Mohd Redzwan, 41, tetap berbangga dengan kesemua karya yang dihasilkan. "Tak dinafikan setiap komposer pasti akan berasa tekanan dalam menghasilkan lagu. Macam saya, apa yang keluar di fikiran dan hati, saya keluarkan saja. "Malah, semua lagu saya memang datang daripada hati. Saya bangga orang kata lagu saya kampung dan 'leman'. "Saya bangga dilabel penyanyi lagu kampung... sedikit pun tak terkesan dengan cakap-cakap orang. Apa yang pasti saya akan terus berusaha berkarya sampai bila-bila.
"Pada saya, tak perlu nak merendahkan atau bandingkan karya orang. Semua ini datang daripada Allah. Karya itu pula datang dari hati masing-masing," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.540756 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.