Mengakui sedikit berdebar namun pengacara dan personaliti TV3, Hawa Rizwana tetap teruja untuk memulakan tugasan baharunya sebagai penyampai radio untuk segmen pagi Kool FM bermula Isnin ini.
Menurut Hawa atau nama sebenarnya, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 26, dia mempunyai misi untuk menyampaikan sesuatu perkara bermanfaat buat pendengar stesen radio tersebut. "Macam mimpi sebenarnya bila diberikan tawaran untuk bergelar penyampai radio Kool FM. Saya berdebar untuk memulakan siaran Isnin ini tapi apa-apa pun saya cukup teruja untuk mencuba bidang baharu. "Sebelum ini saya pernah diundang selama tiga hari untuk jadi deejay jemputan di Kool FM beberapa bulan lalu dan dari situ memang banyak saya belajar daripada kak Haiza, abang AG dan Muaz.
"Bagi saya kerjaya sebagai seorang deejay ini memang seronok tapi bila dah masuk bidang ini baharu kita tahu kerjanya sangat mencabar sebab di radio orang tak nampak kita... jadi kita kena pandai cari benda yang menarik untuk dikongsikan dengan pendengar," katanya ketika dihubungi mStar.
|
Cikediss replied at 2-8-2021 12:06 PM
aku pagi2 mmg dgr koolfm.. pagi tadi je switch ke saluran lain.. pagi ngantok.. dengar suara mendata ...
TomyamPuteh replied at 2-8-2021 12:19 PM
Dgr radio mcm dgr Buletin Utama
MsPercy replied at 2-8-2021 12:33 PM
Kenapa amek pembaca berita sbg dj?. Tone menyampaikan akn jd lain
graxier06 replied at 2-8-2021 12:39 PM
konon Media Prima nk utalize internal talents. So jd la dia sumbat 3 pengacara tv ada slot snediri ...
graxier06 replied at 2-8-2021 12:37 PM
i dgr kul 6 td sbb mmg denagr Kool time AG HAiza n Muaz. trus iol smbg tdo lepas subuh td sbb bosan ...
graxier06 replied at 2-8-2021 12:37 PM
i dgr kul 6 td sbb mmg denagr Kool time AG HAiza n Muaz. trus iol smbg tdo lepas subuh td sbb bosan ...
ADVERTISEMENT