|
Terkurung dan terbatas pergerakan melakukan sebarang aktiviti luar pastinya menekan ramai orang pada masa sekarang. Demikian juga yang dirasai penyanyi Nabila Razali, 28, apabila segala aktiviti seninya tergendala sejak beberapa bulan lalu.
Namun begitu, penyanyi lagu Peluang Kedua ini mengambil pendekatan untuk terus berfikiran positif dan kentalkan semangatnya untuk mengharungi hari-hari sukar. Baginya, dia perlu benar-benar memastikan kesihatan mentalnya terjaga rapi. Bagaimanapun, Nabila beruntung kerana dia tinggal bersama keluarga tercinta. Akan tetapi, baginya kelebihan itu pun bukan jaminan selamat untuk dia mengelak berhadapan gangguan mental kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa saja.
Justeru, dia sedaya-upaya melakukan apa saja yang bermanfaat demi memastikan setiap hari-hari dilaluinya dengan bersemangat. Nabila juga mengakui beruntung, dikelilingi insan yang tidak putus membantu memberinya semangat dan ia hal paling disyukuri. "Kesihatan mental adalah sangat penting bagi saya. Memang sukar untuk lakukan apa jua perkara, jika mental kita terganggu dan kurang sihat. Ada masa, kita juga perlu kosongkan minda, tidak terlalu meluangkan masa menghadap telefon, atau hal lain yang tak menyihatkan "Sebaiknya, kita perlu pastikan apa yang dilihat dan dibaca memberi kebaikan dan bukannya memudaratkan minda. Tidak dinafikan, sekarang apa juga yang kita ikuti menerusi laman sosial banyak memberi aura negatif. "Ini berikutan, pelbagai isu hangat sedang diperkatakan dan begitu menekan. Ia akan mengacau kesihatan mental, jadi pastikan apa yang dibaca memberi manfaat kepada kesihatan mental, bukannya buat jiwa kacau," katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.036333 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.