Nasib malang menimpa seorang petugas perkhidmatan kiriman apabila pelanggan membayarnya dengan menggunakan duit kertas permainan. Lapor Suara.com, kejadian yang diceritakan oleh seorang pengguna Facebook dengan nama DeaLova itu berlaku di Bantul pada Jumaat lalu.
Kisahnya bermula apabila petugas perkhidmatan kiriman tersebut tidak dapat menghantar barangan ke alamat yang ditetapkan kerana tempat itu sudah tutup. Sehubungan itu, petugas tersebut menghubungi penerima dan dia diarahkan untuk menunggu di satu lokasi yang ditetapkan untuk penghantaran menerusi kaedah pembayaran tunai ketika serahan (COD). Selepas petugas tiba di lokasi berkenaan, penerima mengambil barang yang dihantar dan memberikan sampul surat yang didakwanya berisi duit. Ketika petugas membuka sampul itu, penerima dengan segera melarikan diri dan mangsa melihat duit yang diletakkan dalam sampul itu merupakan duit kertas permainan.
Dia cuba mengejar penerima itu, namun gagal dan mengalami kerugian kira-kira (RM146). Sementara itu, polis mengesahkan kejadian tersebut, namun memaklumkan pihaknya belum menerima laporan rasmi daripada mangsa. Sumber: Utusan
|
prettyuglybabe: sistem cod ni patut dihapuskan..tak selamat untuk penjual mahupun pembeli..
mamajawie replied at 2-8-2021 03:07 PM
kat sini scam rm140 mau mangsa kena bahan..siap ckap halalkan je la kesian la kat penipu..vavik sgat
shernazz replied at 3-8-2021 07:36 AM
Slalu ayat ni dalam.fb iols.nampak
Bila.orang rembat duit ke..atau bg duit palsu ke..
Mesti ada ...
Olleo replied at 2-8-2021 01:10 PM
Dalam pikiran penipu tu dia akan trlepas ke cemana?
Aku takut xsempat dia nk unboxing parcel tu, po ...
prettyuglybabe replied at 2-8-2021 05:09 AM
sistem cod ni patut dihapuskan..
tak selamat untuk penjual mahupun pembeli..
mamajawie replied at 3-8-2021 08:53 AM
chuollss tau takpe..kalu sorang kena paw rm100 cuba si scammer pau 10 orang..kan da rm1000..babi s ...
ADVERTISEMENT