Syura Badron tampil memberi penjelasan di Instagram Story berhubung bayaran RM200,000 dituntut Siti Nordiana terhadapnya dan empat penama lain memandangkan masih ramai keliru mengenainya.
Jelasnya. jumlah yang dituntut penyanyi yang lebih dikenali sebagai Nana itu adalah satu bentuk pembayaran walaupun permintaan maaf telah dilakukan. "Sekiranya kami tidak membuat permohonan maaf berserta bayaran RM200,000, barulah tindakan saman akan diteruskan. Harap faham ya semua," tulisnya. Nana sebelum ini menuntut Syura, Lan Solo dan isteri, Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam, Sam Samin serta jurusolek Aida G memohon maaf secara terbuka serta membuat pembayaran RM200,000 seorang dalam tempoh 24 jam.
Sementara itu, Sam ketika dihubungi Kosmo! menjelaskan bayaran berkenaan dituntut Nana sebagai ganti rugi kerana telah menjejaskan reputasinya sebagai artis. "Bayaran RM200,000 setiap seorg itu ganti rugi merosakkan reputasi serta kerugian sebagai seorang artis. Lebih kurang begitulah," kata Sam kepada Kosmo! Online. Ada yang masih belum jelas? - CARI
|
RatuDunia94 replied at 2-8-2021 01:50 PM
Dah boleh kot syura ni slow2 terima offer sugar daddy tu.. well mana nak bayar 200k lg.. mana nk bay ...
ADVERTISEMENT