Pelawak Achey meluahkan rasa kecewa terhadap sekumpulan peserta Perhimpunan 'Keluar dan #Lawan' yang berkelakuan tidak sopan. Media kelmarin melaporkan segelintir peserta bersikap agresif apabila menunjukkan isyarat lucah kepada jurukamera dan media.
Achey menerusi Instagram berkata tindakan itu jelas tidak beradab dan berakhlak. Dia bagaimanapun memohon maaf jika pandangannya menyinggung orang lain selain meninggalkan nasihat agar tidak menjadikan perkara tersebut sebagai ikutan. Terdahulu, Polis Diraja Malaysia menganggarkan kira-kira 400 individu berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju Dataran Merdeka pada Sabtu.
Mereka yang berpakaian hitam antara lain dilihat membawa bendera hitam, sepanduk protes dan replika jenazah. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT